La Liga 2019/20 : Mallorca 1-0 Real Madrid

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Pendahulu La Liga sebelum cuti rehat untuk perlawanan antarabangsa, Real Madrid telah kehilangan tempat dan kegayatan selepas tewas tipis kepada Mallorca.

Mallorca awal berada didepan pada minit ke-7 hasil jaringan Lago Junior yang memotong ke dalam sebelum melencongkan cantik bola ke penjuru gawang.

Pada minit ke-26 Real Madrid hampir menyamakan kedudukan namun percubaan cantik Karim Benzema terkena palang.

Usaha dan serangan demi serangan Real Madrid tidak membuahkan hasil dan terpaksa bermain 10 orang pada minit ke-74.

Alvaro Odriozola menerima kad kuning kedua sekaligus dihalau keluar padang.



Paparkan Komen