La Liga 2019/20 : Granada 2-0 Barcelona

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Granada berjaya mengalahkan Barcelona dengan jaringan dua gol kosong sekaligus menjadi pendahulu La Liga dan terus gayat buat masa sekarang kerana beberapa pasukan belum turun beraksi.

Ramon Azeez meletakkan Granada di depan seawal minit ke-2 selepas Junior Firpo melakukan kesilapan ketika bertahan dan terus dihukum.

Pada separuh masa pertama, Barcelona bergelut untuk menguasai bola dan memecahkan kekebalan pertahanan Granada.

Ernesto Valverde telah memasukkan Lionel Messi dan wonderkid Ansu Fati untuk merubah perlawanan.

Dengan segera permainan Barcelona mula berubah dan lancar dalam merencanakan serangan namun tumpul.

Alvaro Vadillo menggandakan kedudukan selepas VAR menghadiahkan penalti selepas bola terkena tangan Arturo Vidal.

TIada apa yang mampu dilakukan oleh Barcelona dan dengan Messi diapdang juga tidak merubah apa-apa.

Hanya dua saja percubaan tepat dihadirkan Barcelona tanpa sebarang gol berbanding 5 daripada Granada yang menghadirkan 2 gol.

Starting XI: Rui Silva (6), Victor Diaz (6), German (6), Domingos D. (7), C. Neva (6), Azeez (8), Montoro J.M. (7), Herrera (7), Puertas (7), D. Machis (6), Soldado (8)
Substitutes: Vadillo (7), Carlos Fdez (6), Gonalons

Starting XI: Ter Stegan (5), Semedo (5), Pique (5), Lenglet (5), Junior (4); Rakitic (5), Sergi Roberto (4), de Jong (8*); Griezmann (4), Carles Pérez (5), Suárez (3)
Substitutes: Messi (6), Fati (6), Vidal (4)



Paparkan Komen