Klopp Iktiraf Origi Sebagai Lagenda Liverpool

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pengurus pasukan paling power di muka bumi, Jurgen Klopp telah mengangkat status gelaran Divock Origi dari seorang Lord kepada status pemain lagenda sebelum perlawanan menentang Genk di UEFA Champions League.

Divock Origi bukanlah pemain pilihan utama dan statusnya lebih kurang Lord Bendtner sahaja namun beliau membuktikan sesuatu musim lalu.

Pemain penyerang kelahiran Belgium itu telah menjaringkan gol-gol penting buat Liverpool yang menjadi asbab kenapa Liverpool boleh menang piala selepas agak lama mandul.

Dalam aksi semi final Champions League musim lalu, dua gol Origi yang menjadi pemangkin kebangkitan epik dalam sejarah bola sepak dan membawa Liverpool ke final.

Gol Divock Origi di perlawanan akhir juga mengesahkan gelaran juara milik Liverpool dan mendakap kejuaraan ke-6.

Maka tidak hairan dan pelik kenapa Klopp mengiktiraf Origi sebagai pemain lagenda Liverpool sebelum perlawanan menentang Genk.

Pengiktirafan ini hadir dalam satu sidang media sebelum perlawanan Champions League apabila wartawan bertanya sambil menyebut beberapa pemain Genk kini menjadi bintang seperti Kevin De Bruyne dan Kalidou Koulibaly.

"Genk merupakan pasukan yang terkenal yang melahirkan ramai pemain bintang - De Bruyne, Koulibaly dan ramai lagi N'Didi..."

Belum sempat soalan habis ditanya Klopp terus mencelah bagi menyatakan fakta yang mungkin lupa disebut dalam soalan.

"Divock Origi, jangan lupakan beliau. Pemain lagenda Liverpool kot. Origi sangat terkenal disini."

Pengiktirafan Klopp hadir dengan satu senyuman lebar dan gelak ketawa hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Mungkin mereka yang hadir menanggap itu gurauan dari Klopp tetapi tidak bagi Liverpool jika sudah diletakkan satu status kepada pemain maka tidak boleh dipertikaikan kerana mereka layak.

Jangan ditakwil lagi nanti bala menimpa terima jela.

Penjaga gol terbaik dunia - Alisson Becker

Pemain pertahanab terbaik dunia - Virgil van Dijk.

Pemain tengah terbaik dunia - Fabinho

Penyerang Trio terbaik dunia - Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino

Klopp: "Don't forget Divock Origi, Liverpool legend" πŸ˜‚

Don’t forget legend Divock Origi πŸ˜‚

Posted by Bleacher Report Football on Monday, 4 November 2019


Paparkan Komen