Ketahui Sebab Kenapa Sanchez Gagal Jaring Peluang Terbuka Yang Jadi Bahan Ketawa

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Manchester United teqas tipis kepada Newcastle United dan Rafa Benitez berterima kasih kepada pemain tengah Scotland, Matt Ritchie yang menjaringkan gol kemenangan.

Dalam masa yang sama Benitez dan Newcastle harus berterima kasih kepada Alexis Sanchez yang gagal menyempurnakan peluang terbuka.

Kegagalan Sanchez menyempurnakan peluang tersebut diangkat sebagai calon ‘Miss of the Season’.

Ramai yang tidak tahu kenapa Sanchez gagal menjaringkan peluang terbuka itu. Sebagai peminat Manchester United nonbir Wahid, penulis memberi sebab kenapa Sanchez gagal.

1. Ketika Sanchez meloloskan diri tiupan angin bertiup kencang selaju 11 batu sejam.

2. Keadaan ini menyebabkan bola berada dekat di kaki Sanchez lalu menyukarkan Sanchez membuat rembatan dari sudut yang sukar.

3. Kelembapan padang juga menambah kesukaran kepada Sanchez menjaringkan gol dan memberi peluang dan masa kepada pemain Newcastle untuk membuat hadangan.

4. Dengan gaji £500,000 seminggu mustahil bagi Sanchez tidak menjaringkan gol bersama pasukan hebat seperti Manchester United.

5. Sanchez hanya mampu merancang tetapi tidak mampu menidakkan kuasa alam seperti tiupan angin.

6. #DoneBekap #ManchesterUnitedPower! #Pembaris

Jose Mourinho terus gagal dan meneruskan rekod tidak pernah menang perlawanan di St. James Park.

Kemenangan pertama Newcastle United di laman sendiri dalam tempoh 4 bulan selepas gagal mencatat kemenangan dalam 8 perlawanan terdahulu.

Kemenangan ini membolehkan Newscastle keluar dari zon penyingkiran.

Manchester United kini ketinggalan 16 mata dibelakang pendahulu liga merangkap jiran mereka Manchester City.

ถ้าเป็นคุณ..จะยิงจังหวะแรกเลยมั้ย?

แฟนผี เสียดายมั้ย? กับจังหวะนี้ติดตามข่าวสาร พรีวิวก่อนเกม และคลิปประตูเรียลไทม์ ได้ทาง #Line : https://line.me/R/ti/p/@cheerball.com------------------------------------------"เว็บไซต์ข่าวสารกีฬาฟุตบอล เพื่อคนเชียร์บอล">> www.cheerball.com <<

Posted by Cheerball on Sunday, February 11, 2018



Paparkan Komen