Kelayakan Piala Dunia 2022 : Malaysia 1-2 UAE

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Pasukan Harimau Malaya turun dengan penuh bersemangat bagi perlawanan kedua Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 selepas mencatatkan kemenangan penuh dramatik menentang musuh dan seteru utama Sang Garuda, Indonesia.

Kemenangan ke atas Indonesia selepas ketinggalan di Stadium Gelora Bung Karno adalah sesuatu yanng memberi tonik kepada seluruh warga Malaysia yang disulami dengan rusuhan, keganasan penyokong Indonesia.

Menentang UAE bukanlah satu tugas mudah buat Malaysia dan kali terakhir Malaysia menang ke atas UAE adalah 37 tahun yang lalu. UAE berada diranking 65 dunia jauh meninggalkan Malaysia ditangga 159.

Rekod 12 pertemuan Malaysia menentang UAE menyaksikan hanya dua kali sahaka Malaysia mencatatkan kemenangan dengan 1 seri dan 9 kekalahan. Namun di atas padang semua boleh terjadi.

Malaysia

Jaringan - 7 gol, 35 bolos
Rekod Perlawanan - 2 Menang 1 Seri 9 Kalah
Ranking - 159

UAE

Jaringan - 35 gol, 7 bolos
Rekod Perlawanan - 9 Menang 1 Seri 2 Kalah
Ranking - 65

Kehangatan perlawanan kedua Malaysia di kelayakan Piala Dunia 2022 dab Piala Asia 2023 sangat dirasai apabila 20,000 tiket telah habis dijual sehari sebelum perlawanan.

Perlawanan antara Malaysia dan UAE ini diadili oleh pengadil daripada Jepun, Hiroyuki Kimura menyaksikan meja-meja dikedai mamak mula penuh seawal jam 8.

Malaysia memulakan permainan dan selepas 35 saat sundulan Syafiq Ahmad meletakkan Malaysia didepan yang nyata menjadi gol semangat buat Harimau Malaysia.

Hantaran silang Matthew Davies yang cantik lagi manis segera mencari Syafiq Ahmad yang melonjak sesedap rasa untuk jaringan pembukaan.

Selepas jaringan itu Malaysia terus melancarkan serangan demi serangan dan membuatkan UAE tidak seperti UAE yang dikenali sebelum ini.

Beberapa percubaan terbaik hadir melalui Sumareh dan Sapawi Rasid namun peluang Norshahrul Idlan Talaha gagal disudahkan dengan baik apabila cubaan melencongkan bola tidak menjadi lalu bola ke langit.

Pada minit ke-27 barulah UAE memperoleh peluang terbaik mereka dan berdepan dalam situasi 1 lawan 1, nasib baik percubaan beliau sempat ditepis Farizal marlias dan terkena tiang.

Harimau Malaya terus mengasak dan mengasak namun gagal mencari sebarang gol tambahan apabila dinafikan dengan sentuhan penyudah.

UAE akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama hasil sundulan Ali Ahmed Mabkhout pada minit ke-43.

Malaysia nyata mempamerkan prestasi cemerlang gemilang terbilang lagi luar biasa pada separuh masa pertama.

UAE kembali mendapat permainan mereka secara perlahan-lahan pada separuh masa kedua dan mula menekan Malaysia tetapi Harimau Malaya masih bersemangat walaupun tampak mulai letih.

Mohamadou Sumareh dikeluarkan kerana kecederaan dan digantikan dengab Syamer Kutty Abba. Permainan tekanan tinggi UAE membuahkan hasil.

Ali Ahmed Mabkhout berjaya meletakkan UAE didepan selepas berjaya lolos dan gagal dikerjar pertahanan Malaysia.

Safawi Rasid hampir menjaringkan gol penyamaan namun rembatan sedap beliau sekadar menyinggah tiang dan bola muntah gagal disambar Syamer Kutty Abba.

Harimau Malaya mempamerkan aksi yang jarang-jarang dapat dilihat apabila berterusan menyerang untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata dengan semangat tidak mengenal kalah.

Corak permainan dan semangat yang ditunjukkan pemain Harimau Malaya melepasi jangkaan dan terbaik yang pernah ditunjukkan.

https://www.youtube.com/watch?v=zOrn9c7-cRM

Starting XI MALAYSIA vs UAE

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK)(C); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad, 5. Adam Nor Azlin, 7. La'Vere Corbin-Ong; 6. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih; 13. Mohamadou Sumareh, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid; 9. Norshahrul Idlan Talaha.

Subs: 4. Syahmi Safari, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba, 15. J Partiban, 16. Danial Amier Norhisham, 17. Irfan Zakaria, 18. Dominic Tan, 19. Akhyar Rashid, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK), 23. Ifwat Akmal Chek Kassim (GK).

UAE: 17. Khalid Eisa (GK), 2. Mohamed Saleh Almenhali, 3. Walid Abbas (C), 5. Ali Hassan Al-Blooshi, 7. Ali Ahmed Mabkhout, 11. Jassim Yaqoob Al-Balooshi, 12. Khalifa Al Hammadi, 13. Ahmed Barman, 14. Khalil Ibrahim, 19. Mohammed Omar Al Attas, 20. Ali Saleh Amro.

Subs: 1. Ali Khasif (GK), 4. Habib Al Fardan, 6. Majid Ibrahim, 8. Hassan Al-Moharrami, 9. Bandar Al-Ahbabi, 10. Omar Abdulrahman, 15. Ismail Al Hammadi, 16. Al Hassan Saleh, 18. Zaid Al-Ameri, 21. Tareq Ahmed, 22. Mohamed Al Shamsi (GK), 23. Salem Rashid.




Paparkan Komen