Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020 : Malaysia 7-0 Kemboja

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pasukan Malaysia Bawah 15 tahun muncul juara kejohanan AFF Bawah 15 tahun selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand dengan dua jaringan berbalas satu dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik.

Itu merupakan kejayaan ketiga P.Maniam dalam mengendalikan pasukan Malaysia bawah 15 tahun di 2019 selepas cemerlang di kejohanan B-15 Jockey Club International Youth 2019 dan CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019.

Kini anak-anak muda ini verada di bumi Laos menggalas tanggungjawab dalamKelayakan Kejuaraan AFC 2020 Bawah 16 tahun yang akan berlangsung tahun hadapan.

Malaysia berada dalam kumpulan J di pusingan kelayakan ini bersama pasukan tuan ruman, Laos, Kemboja dan Jepun. Perlawanan pertama Malaysia turun bertemu Kemboja di Stadium Nasional Vientiane, Laos.

Skuad muda bimbingan P.Maniam ini telah dilanda masalah kesihatan iaitu demam dan selsema menjelang perlawanan pembukaan.

Hanya 7 minit diperlukan untuk berada di depan apabila Adam Uwais Mohd Armi mudah menyempurnakan sepakan penalti sebelum Adam Uwais Mohd Armi menggandakan kedudukan pada minti ke-16.

Kemudian Akid Mohd Zamri menambah lagi dua gol pada minit ke-22 dan 30 bagi menjadikan kedudukan 4 gol tanpa balas dan kedudukan ini kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua Malaysia menambah lagi 3 gol untuk mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Kemboja, 7 gol tanpa balas.

Jaringan Harry Danish Haizon dan ketua pasukan, Nabil Qayyum Zainuddin menjadikan kedudukan 6-0 dan ketika perlawanan hampir tamat satu lagi gol ditambah.

Khairil Mohd Zain yang masuk dari bangku simpanan turut mencetak nama dengan gol ke-7 pada minit ke-90+1.

FT Malaysia 7-0 Kemboja

Adam Uwais 7’(P)
Adam Farhan 16’
Akid Zamri 22’ 30’
Harry Danish 52’
Nabil Qayyum 64’
Khairil Mohd Zain 90’+1

Gol ketujuh hilang bersama jerebu.

Kesebelasan Utama

MALAYSIA: 1. Zulhilmi Sharani (GK); 20. Danish Irfan Ezal, 6. Alif Farhan Fauzi, 13. Ahmad Rozaini Abu Bakar, 4. Adam Farhan Mohd Faizal; 8. Ashraf Ahmad, 5. Adam Uwais Mohd Armi; 7. Nabil Qayyum Zainuddin (C), 12. Harry Danish Haizon, 11. Izrin Ibrahim; 19. Akid Mohd Zamri.

Subs: 2. Daniel Edzuan Mohd Anuar, 3. Adam Daniel Mohamad, 9. Khairil Mohd Zain, 10. Aliff Izwan Yuslan, 14. Kholil Ahmad Azlan, 15. Radzilah Helmi Roizat, 16. Shahril Sobri, 17. Syafiq Haikal Bahtiar, 18. Zubaidi Buang, 21. Azrul Iman Muhamad Yusof, 22. Ahmad Azeem Izhar Ahmad Rizal (GK), 23. Aizul Hakim Mohd Zabni (GK).

CAMBODIA: 2. Chhoun Pili (C), 3. Mon Rung, 8. Hout Danin, 9. Chan Seyla, 11. Mon Rith, 13. Rim Soheng, 14. Heng Sovanpanha, 15. Eav Sovannara, 16. Heng Ratanakbandith (GK), 17. Norm Anann, 20. Leng Nora.

Subs: 1. Reth Ly Heng (GK), 4. Hout Vanneth, 5. Meng Sophea, 6. Sin Sovannmakara, 7. Sien Phyreak, 10. Som Sovannarith, 12. Saron Sanchanvathano, 18. Kim An, 19. Yorn Thearath, 21. Khoan Soben, 22. Chiem Samnang (GK), 23. Sa Usos.




Paparkan Komen