Kelayakan EURO 2020 : Portugal 3-0 Luxembourg

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Portugal telah meneaskan Luxembourg 3-0 dalam perlawanan kelayakan EURO 2020 dikumpulan B di mana Bernardo Silva dan Cristiano Ronaldo meneruskan rutin menjaringkan gol.

Bernardo Silva menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama dengan satu penyudah kemas dari jarak dekat.

Cristiano Ronaldo menggandakan kedudukan dengan satu chip yang melemaskan lagi syahdu.

Gol ke-699 Ronaldo sepanjang kariernyadan 94 dipersada antarabangsa kini 15 gol dibelakang Ali Daie yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Jika jaringan mencecah 700 gol, Ronaldo akan menjadi pemain ke-6 yang menjaringkan gol sebanyak itu dalam karier bersama Josef Bican, Romario, Pele, Ferenc Puskas dan Gerd Muller.

Goncalo Guedes melengkapkan kemenangan Portugal dengan gol ketiga pada minit akhir perlawanan.

Portugal kini di tangga kedua kumpulan B kelayakan EURO 2020 dibelakang Serbia.

https://www.youtube.com/watch?v=eNBZA6ltU5E https://www.youtube.com/watch?v=aVnA04ZGSwA https://www.youtube.com/watch?v=SHD7fm9_KZo

Paparkan Komen