Kelayakan EURO 2020 : Lithuania 1-5 Portugal

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Performa luar biasa pemain sensasi dunia. Cristiano Ronaldo membantu Portugal menghajar Lithuania dengan skor 5-1 dalam laga lanjutan Kualifikasi EURO 2020 Grup B yang digelar di LFF Stadium, Vilnius.

Persembahan yang brilian daripada Ronaldo telah membolehkan beliau mejamu Lituania dengan 4 gol peribadi buat Portugal dan satu lagi gol daripada William Carvalho pada penghujung perlawanan.

Cristiano Ronaldo membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-7 sebelum Vytautas Andriuskevicius menyamakan kedudukan pada minit ke-28 untuk keputusan kekal seri hingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Ronaldo menjaringkan 3 gol dalam tempoh 14 minit dan melengkapkan 4 jaringannya buat Portugal dengan aksi kelakar penjaga gol Lithuania.

https://www.youtube.com/watch?v=NEIivkD77vE https://www.youtube.com/watch?v=eVKbAHUnrgM

Lithuania: Ernestas Setkus; Saulius Mikoliunas, Markus Palionis, Edvinas Girdvainis, Vytautas Andriuskevicius; Vykintas Slivka, Modestas Vorobjovas, Domantas Simkus, Mantas Kuklys (Arturas Zulpa 69'), Ovidijus Verbickas (Donatas Kazlauskas 77'); Karolis Laukzemis (Deimantas Petravicius 65').

Portugal: Rui Patricio; Joao Cancelo, Ruben Dias, Jose Fonte, Raphael Guerreiro; William Carvalho, Ruben Neves, Bruno Fernandes (Rafa Silva 56'); Bernardo Silva (Pizzi 89'), Cristiano Ronaldo (Goncalo Guedes 79'), Joao Felix.




Paparkan Komen