Kelayakan EURO 2020 : Finland 1-2 Italy

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Skuad Italy terus mempamerkan aksi yang berkualiti dan meneruskan rentak perlawanan tanpa kalah mereka sejak September 2018 dan meneruskan rekod kemenangan 100 peratus di kelayakan EURO 2020.

Azurri yang kini dibawah bimbingan Roberto Mancini telah mempamerkan permainan berpasukan sebagai satu unit dan para pemain juga tampak cocok dan serasi bersama memberi impak yang positif.

Selepas 45 minit pertama permainan berakhir tanpa sebarang jaringan, akhirnya Ciro Immobile membuka tirai gol pembukaan pada minit ke-59.

Ini merupakan gol pertama Ciro Immobile buat Italy dalam tempoh 733 hari. Nasib baik tak cukup 3 tahun. Lama nau kemarau. Nampak Pukki terus basah Immobile ni.

Teemu Pukki terus menarik perhatian dan mempamerkan prestasi yang konsisten apabila menjaringkan gol penyamaan daripada sepakan penalti selepas Pukki dijatuhkan ketika mahu melakukan percubaan.

Kehebatan dan kemutan Pukki tidak dapat menyekat Italy yang memperoleh kemenangan melalui jaringan Jorginho yang dihadiahkan sepakan penalti.

Penjaga gol Finland, Lukas Hradecky cemerlang apabila melakukan 7 penjimatan(save) namun gagal untuk mencuri mata daripada Italy yang meraih 3 mata.

Pukki bukan sahaja cemerlang bersama Norwich City, bersama Finland Pukki juga gemilang apabila telah menjaringkan 5 gol daripada 4 perlawanan terakhir Finland di pusingan kelayakan EURO 2O2O.

https://www.youtube.com/watch?v=04r1MvuMrEU https://www.youtube.com/watch?v=gaDkIVlEMoI https://www.youtube.com/watch?v=Tc0ZzFWJ7k4

Starting XI: Hradecky (7); Granlund (6), Toivio (6), Arajuuri (6), Vaisanen (6), Uronen (6); Lod (6), Kamara (7), Schuller (6), Lappalainen (6); Pukki (7*)
Substitutes: Tuominen (6), Soiri, Kauko

Starting XI: Donnarumma (6); Izzo (7), Bonucci (7), Acerbi (7), Emerson (N/A); Sensi (8), Jorginho (7), Barella (7); Chiesa (7), Immobile (8*), Lo. Pellegrini (7)
Substitutes: Florenzi (7), Bernardeschi (6), Belotti (6)




Paparkan Komen