Kelayakan EURO 2020 : England 5-3 Kosovo

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Lapan gol terhasil di Saint Mary ketika England menewaskan Kosovo 5-3 untuk merekodkan kemenangan keempat berturut-turut dikelayakan kejohanan paling agung di Eropah, tidak lain tidak bukan, EURO 2020.

Seperti Malaysia, Kosovo juga mendahului England 35 saat selepas sepak mula apabila suapan Vedat Muriqi berjaya disudahkan oleh Valon Berisha dengan penuh berhemah.

Namun England tidak panik apabila segera memperoleh gol penyamaan 7 minit kemudian hasil jaringan pemain sensasi lagi menggiurkan Raheem Sterling si punggung lentik.

Pada minit ke-19 Sterling sekali lagi meliar apabila membuat bantuan gol untuk dijaringkan oleh Harry Kane dan England berada di depan.

Memasuki minit ke-38, rembatan Jadon Sancho dari sudut tidak berbahaya telah menghasilkan gol sendiri daripada Mergim Vojvoda selepas kelakuan aneh dari penjaga gol.

Kemudian Sancho menjaringkan gol pertamanya dan keduanya buat England dalam tempoh seminit, kedua-dua gol itu terhasil daripada kelincahan Sterling.

Babak kedua bermula dengan England mendahului 5-1 dan Kosovo membuktikan kenapa mereka tidak tewas dalam 15 perlawanan terakhir mereka.

Sepuluh minit permainan bersambung Kosovo mula merapatkan jurang kepada 5-3 dan Harry Kane gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk England terus melebarkan kedudukan.

Banyak peluang dibazirkan England namun kemenangan 5-3 sudah cukup untuk England meraih 3 mata.

Dalam tempoh dua tahun ini hanya Belgium dan Sepanyol sahaja yang mampu menjaringkan dua gol ketika menentang England dalam tempoh 90 minit permainan.

Namun tidak bagi Valon Berisha yang berjaya menjaringkan dua gol menentang England dalam tempoh 49 minit dan Kosovo menjaringkan 3 gol.

https://www.youtube.com/watch?v=rWZ5FTqlpQM https://www.youtube.com/watch?v=QHwgOVBoHnw

Starting XI: Pickford (6); Alexander-Arnold (6), Keane (4), Maguire (5), Chilwell (7); Rice (6), Henderson (6), Barkley (7); Sancho (8), Sterling (9*), Kane (8)
Substitutes: Mount (5), Rashford (7)

Starting XI: Muric (4); Vojvoda (5), Rrahmani (6), Aliti (8), Hadergjonaj (5); Voca (6), Halimi (6); Muslija (7), Celina (8), Berisha (6); Muriqi (6)
Substitutes: Rashkaj (7), Paqarada (6), Hasani (5)




Paparkan Komen