Kelayakan AFC U-19 Championship 2020 : Thailand 21-0 Northern Mariana Islands

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Thailand mengadakan kenduri gol dan disambung pula dengan satu pesta yang penuh meriah apabila menewaskan Northern Mariana Islands dengan jaringan 21 gol tanpa balas.

Tak pernah dengar nama Northern Mariana Islands? Tempat kelahiran Maria Mariana la kot.

Sebanyak 21 gol terhasil daripada 10 pemain berbeza dan 9 daripadanya adalah pemain Thailand dan satu gol sendiri terhasil dari pemain Northern Mariana Islands.

Padungkiat Arjkitkarndan dan Suphanat Mueanta secara duo telah menghasilkan 10 gol di mana masing-masing telah menjaring 5 gol dalam perlawanan ini.

Achitpol Keereerom sekadar mencetak hatrik, Thana Isor dua gol dan masing-masing satu daripada Kritsana Daokrajai, Channarong Promsrikaew, Kritsanapol Booncharee dan Waragon Thongbai.

Selepas dua perlawanan Thailand telah menjaringkan 30 gol tanpa bolos dengan membelasah Brunei pada perlawanan pertama 9-0.

Pada perlawanan kedua Thailand membelasah Northern Mariana Islands 21-0 dan mempunyai kelebihan bekalan gol berbanding Malaysia ditempat kedua.

Selepas dua perlawanan Malaysia sudah menjaringkan 16 gol dan bolos 4 gol dan bakal bertemu Northern Mariana Islands dalam perlawanan ketiga.

Suphanat Mueanta telah menjaringkan 9 gol dalam dua perlawanan, 4 gol ketika menentang Brunei dan 5 gol ketika menentang Northern Mariana Islands.



Paparkan Komen