Kelayakan AFC U-19 Championship 2020 : Malaysia 11-0 Brunei

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Skuad bimbingan Brad Maloney turun untuk perlawanan kedua di Kelayakan AFC U-19 Championship 2020 selepas berhempas pulas untuk meraih 3 mata penting pada perlawanan pertama apabila terpaksa bermain 9 orang.

Menentang Brunei tiada pilihan lain selain menang besar dengan jumlah gol semaksima mungkin dan tanpa. Maka itulah yang dilakukan oleh skuad bawah 19 tahun Malaysia.

Brunei menjadi belasahan yang pedih lagi perit apabila tewas 11 gol tanpa balas. Pada separuh masa pertama Malaysia sudah mendahului 7-0.

Azrin Afiq membuka jaringan pada minit ke-17, Luqman Hakim menjaringkan 4 gol pada separuh masa pertama pada minit ke-21(PEN) 22, 24, dan 41.

Dua gol lagi daripada Azam Azmi dan Aiman Afif membolehkan Malaysia selesa mendahului 7-0 di babak pertama.

Bersambung babak kedua 4 gol lagi ditambah melalui Azam Azmi, Harith Haiqal dan Aiman Afif pula berjaya melengkapkan hatrik.

Malaysia perlu menang dengan gol yang banyak bagi mendapatkan keleihan untuk mencerahkan peluang mara secara automatik ke AFC U-19 Championship 2020.

Selepas dua perlawanan Thailand telah menjaringkan 30 gol tanpa bolos dengan membelasah Brunei pada perlawanan pertama 9-0.

Pada perlawanan kedua Thailand membelasah Northern Mariana Islands 21-0 dan mempunyai kelebihan bekalan gol.

Selepas dua perlawanan Malaysia sudah menjaringkan 16 gol dan bolos 4 gol dan bakal bertemu Northern Mariana Islands dalam perlawanan ketiga.

FT Malaysia 11-0 Brunei

Azrin Afiq 17’
Luqman Hakim 21’(PEN) 22’ 24’ 41’
Azam Azmi 31’ 60’
Aiman Afif 39’ 85’ 90’
Harith Haiqal 59’

Starting XI MALAYSIA vs BRUNEI

MALAYSIA: 23. Sikh Izhan Nazrel (GK); 12. Aidil Azuan, 5. Harith Haiqal Adam (C), 4. Azrin Afiq; 6. Azam Azmi, 15. Azrul Haikal, 21. Shafi Azswad, 16. Umar Hakeem; 17. Alif Mutalib, 10. Luqman Hakim Shamsudin, 9. Muslihuddin Atiq.

Subs: 1. Firdaus Irman Fadhil (GK), 2. Firdaus Ramli, 3. Aikmal Roslan, 8. Firdaus Kaironnisam, 11. Fakrul Iman, 13. Raimi Shamsul, 18. Hazim Abu Zaid, 19. Fahmi Daniel, 20. Aiman Afif, 22. Satthyvel Murugiah (GK).

BRUNEI: 2. Muhammad Khoirunnaas Khalid, 3. Muhammad Haziq Hafizhan, 6. Md Aisan Aisamuddin, 8. Mohammad Eddy Shahrol, 9. Muhd Syafiq Safiuddin, 11. Md Aisan Aizuddin, 15. Muhamad Aqil Ikhwan, 17. Mohammad Hadif Aiman, 18. Abdul Taufik Talip (GK), 21. Muhammad Nazhan Zulkifle (C), 23. Mohammad Nazry Aiman.

Subs: 1. Muhammad Danish Aiman (GK), 4. Md Naqiuddin Abdullah, 5. Daniyal Mohd Zinin, 7. Mohammad Aminuddin Masri, 10. Mohd Syami Fadhlillah, 12. Meverick Lim, 14. Md Wafiq Naqiuddin, 16. Muhammad Hilmi Sidik, 19. Rozandy Anak Bujang, 20. Md Riyan Aiman (GK), 22. Muhd Bazli Aminuddin.

Kelayakan AFC U-19 Championship 2020 : Kemboja 4-5 Malaysia

Pasukan Malaysia bawah 19 tahun turun menghadapi perlawanan pertama menentang Kemboja di kelayakan AFC U-19 Championship 2020 yang berlangsung di National Olympic Stadium.

Malaysia berada dalam kumpulan G bersama Kemboja, Brunei, Thailand dan Northern Mariana Islands dan peluang untuk layak adalah cerah.

Hanya Thailand dilihat akan menjadi penghalang Malaysia, di mana juara kumpulan akan layak secara automatik diiringi 5 pasukan tempat kedua terbaik.

Perlawanan ini merupakan satu perlawanan mudah buat Malaysia dan berada dilandasan tepat untuk mencatatkan kemenangan selesa.

Separuh masa pertama Malaysia memdahului 3-0 hasil jaringan Shafi Azswad, Fakrul Iman dan Azrin Afiq. Tiga gol terhasil dalam tempoh 13 minit.

Separuh masa kedua Malaysia dilanda badai apabila terpaksa bermain 9 pemain selepas dua orang dilayangkan dua kad merah pada masa yang sama.

Kemboja mengambil kesempatan dengan kekurangan pemain oleh pasukan Malaysia dan merapatkan kedudukan dengan dua gol pada minit ke-61 dan 65.

Malaysia cepat berasimilasi dengan 9 pemain apabila Luqman Hakim menjarakkan kedudukkan dengan jaringan gol tengah pada sebelum Muslihuddin Atiq menjaringkan gol kelima.

Bermain 9 pemain selama 30 minit memberi kesan kepada mental dan fizikal pemain Malaysia yang nyata keletihan.

Kemboja berjaya menambah dua lagi jaringan namun sudah terlambat untuk mencuri mata.

Tahniah Harimau Muda.

FT Cambodia 4-5 Malaysia

Shafi Azswad 30’
Fakrul Iman 40’
Azrin Afiq 43’
Met Samel 61’
Chea Sokmeng 65’
Luqman Hakim 67’
Muslihuddin Atiq 74’
Sieng Chanthea 77’
Ly Mael 89’

Starting XI CAMBODIA vs MALAYSIA

MALAYSIA: 1. Firdaus Irman Fadhil (GK) (C); 14. Ahmad Zikri Khalili, 5. Harith Haiqal Adam, 4. Azrin Afiq; 6. Azam Azmi, 7. Mukhairi Ajmal, 21. Shafi Azswad, 16. Umar Hakeem; 17. Alif Mutalib, 10. Luqman Hakim Shamsudin, 11. Fakrul Iman.

Subs: 2. Firdaus Ramli, 3. Aikmal Roslan, 8. Firdaus Kaironnisam, 9. Muslihuddin Atiq, 12. Aidil Azuan, 13. Raimi Shamsul, 15. Azrul Haikal, 18. Hazim Abu Zaid, 19. Fahmi Daniel, 20. Aiman Afif, 22. Satthyvel Murugiah (GK), 23. Sikh Izhan Nazrel (GK)

CAMBODIA: 1. Tha Chan Rithy (GK), 2. Ry Leap Pheng, 4. Soeuth Nava, 6. Sao Viafy, 7. Ean Pisey, 9. Sieng Chanthea (C), 10. Chan Sophea, 11. Min Ratanak, 16. Chea Sokmeng, 19. Keo Oudom, 23. Met Samel.

SUBS: 3. Chan Sarapich, 5. Choung Makara, 8. Lim Pisoth, 12. Ath Ontoch, 13. Wut Tola, 14. Ly Mael, 15. Nhoem Lyhuor, 17. Phorn Oy, 18. Chou Sinti, 20. Thy Lieng, 21. Koy Salim (GK), 22. Thouth Sarouth (GK).



Paparkan Komen