Kelajuan Ribery Benam Ronaldo Ke Tanah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Kontemporari ini, umum sudah mengetahui bahawa pemain kebangsaan Perancis dan bekas pemain lincah gergasi Jerman, Bayern Munich, Frank Ribery telah beralih arah ke Liga Italy musim ini bersama Fiorentina secara percuma. Gratis gais.

Diusia 36 tahun, Ribery masih mempunyai kudrat dan kelajuan yang padu apabila berjaya mengejar Cristiano Ronaldo selepas kehilangan bola lalu membuatkan Ronaldo terbenam ke tanah.

Sama seperti Ronaldo, Ribery juga trlah membuktikan bahawa umur hanyalah sekadar angka apabila bukan sahaja berjaya mengejar kelajuan Ronaldo yang dua tahun lebih muda malah merampas kembali bola.

Ribery telah membuat satu hantaran dengan menanduk naman tandukannya itu tidak kemas dan pantas disambar Ronaldo yang terus membuat larian kilat untuk melakukan serangan balas pantas.

Namun Ribery sudah bersedia untuk menutup kesilapannya itu dengan membuat kejaran(track back) dan Dalbert membuat terjahan membantu memperlahankan larian Ronaldo.

Ribery bingkas mengasak Ronaldo yang tidak menyedari kedatangan beliau dan berjaya menolak bola dari kaki bekas pemain Real Madrid itu dan menghantar Ronaldo ke tanah.

Bola kembali kepada Fiorentina dan perlawanan ini berakhir dengan keputusa seri tanpa jaringan.

https://www.youtube.com/watch?v=mGCR5ElvvSU

Rangkuman aksi Ribery ketika Fiorentina menentang Si Perempuan Tua, Juventus.

https://www.youtube.com/watch?v=fMj9Qrs_nA0

Ribery Lebih Bagus Berbanding Ronaldo

Presiden Fiorentina, Rocco Commisso ternyata kagum dengan prestasi Ribery dan menganggap Ribery lebih bagus berbanding Ronaldo.

"Adakah kamu lihat Ribery bermain di usia 36 tahun? Ribery bermain lebih baik daripada Ronaldo."

"Dua pemain kami, Gaetano Castrovilli dan Federico Chiesa sangat fenomena."

"Juventus mempunyai pemain dan gaji bernilai €300 juta dan kami pula hanya lebih kurang €50 juta tapi kami masih mampu mengutip mata."




Paparkan Komen