Karius Dimaki Teruk Pemain Lawan Selepas Melakukan Kesilapan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Loris Karius yang kini merupakan penanda aras bagi mengukur tahap kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol dalam dunia bola sepak profesional.

Mungkin di masa akan datang akan wujud unit SI bagi mengenalpasti tahap kesilapan penjaga gol dari skala 1 sehingga 10.

Unit SI kesilapan penjaga gol 'Kelakarius' atau singktannya 'kr' boleh digunapakai seperti cm, m, km dan lain-lain.

Penjaga pasukan terhebat di muka bumi ini, Loris Karius telah mencipta satu lagi situasi yang memalukan dalam satu perlawanan persahabatan menentang Tranmere pada petang selasa lalu yang berpunca dari sepakan percuma.

Jika tidak kelakar bukan Loris Karius namannya. Membuat kesilapan dalam perlawanan kini menjadi cap dagang buat penjaga gol Liverpool power this is our year itu yang pasti menghiburkan peminat bola sepak dunia kecuali penyokong Liverpool.

Pemain Tranmere, Norburn mengambil sepakan percuma dengan rembatan deras terus ke Karius yang jelas kelihatan selesa untuk menangkap kemas bola itu namun Karius tetap Karius, dakapannya tidak kemas dan bola melantun.

Melihat lantunan bola muntah itu, Jonny Smith tanpa perlu berlengan melakukan satu 'tapping' ringkas menolak bola masuk ke gawang dari jarak dekat untuk gol kedua Tranmere dalam perlawanan pemanas badan Liverpool.

Selepas tular video kesilapan baru Karius di perlawanan terkini ini, maka telah tular satu lagi video pemain Tramere memaki hamun Karius sesedap rasa.

Agak ganjil melihat pemain Tranmere, Ben Tollitt yang marah teruk dan serius dengan kesilapan Karius. Dari rakaman video jelas Ben Tollitt memaki :

"Kau memang mem*nt*t tahi!"

-----

"You're f***ing sh*t!"

Lebih kurang gitu la jika diterjemah baca kot bahasa penjajah pun korang faham bahawa itu satu makian yang teruk dan boleh bawa gaduh.

Menjadi persoalan dan kepelikkan di sini kenapa Ben Tollitt begitu maramara dan bengang sedangkan Tranmere berjaya merapatkan kedudukan kepada 3-2.

Sepatutnya gol tersebut diraikan dan ditertawakan Karius yang semakin membadut saban perlawanan seolah-olah tidak terbendung lagi. Asyik nak buat kelakar je.

Selepas diselidiki dan dikaji maka terlerailah sudah persoalan ini seperti mana terlerainya ikatan cinta penulis dengan bekas kekasih dengan alasan.

"Awak terlalu baik."

Ben Tollitt merupakan pemain The Reds tegar tidak pasti seoarang pelaung kata-kata keramat 'This is our year'. Kemarahan ketika perlawanan akhir Champions League masih membara rupanya.

Jadi tidak hairanlah kenapa beliau maramara teruk disulami dengan makian. Jika bukan peminat Liverpool pasti sudah tergolek mengalahkan Neymar menikmati aksi kelakar.




Paparkan Komen