Jorge Masvidal Sudah Berlatih Serangan Lutut Terbang 48 Jam Sebelum Pertarungan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Jorge Masvidal telah berlatih serangan lutut terbang u48 jam sebelum perlawanan menentang Ben Askren di Ultimate Fighting Championship (UFC) 239 yang menyaksikan kemenangan tumbang keluar(Knocked Out, K.O) terpantas terhasil dalam sejarah UFC.

Ketua jurulath Masvidal, Mike Brown telah memuat naik rakaman sesi latihan di media sosial dan gerakan ketika latihan itu sama seperti terjadi dalam pertarungan sebenar.

Maka benarlah kata pepatah latihan akan menjadikan sesuatu itu sempurna.

"Mike brown dan masvidal memberitahu aku semalam , beliau akan memulakan pertarungan dengan serangan lutut terbang dan tunjukkan aku video beliau berlatih di telefon Mike."

Dan inilah video latihan Masvidal 48 jam sebelum pertarungan.

Dalam pertarungan UFC 239 ini perlawanan antara Jon Jones menentang Thiago Santos dan Amanda Nunes menentang Holly Holm dilihat antara pertarungan menjadi tumpuan tahun ini.

Namun pertarungan bertahap karya agung datang di Las Vegas ini dari pertarungan Jorge Masvidal menentang Ben Askren dalam kategori welterweight.

Masih segar dengan kemenangan tumbang keluar(Knocked Out, K.O) keatas Darren Till sebelum ini, Jorge Masvidal terus berusaha untuk meneruskan prestasi yang power di UFC 239.



Paparkan Komen