Hantaran Penuh Berseni Dari Kylian Mbappe

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Mbappe mula dikenali dunia selepas dua musim beraksi sebagai pemain professional. Dalam separuh kedua musim 2015-16, dia telah memecahkan dua rekod Thierry henry - Pemain Terbaik Monaco Paling Muda dan Penjaring Termuda.

Akan tetapi ketika itu tidak ramai yang mengenali Mbappe melainkan penagih Football Manager dan juga peminat Ligue 1. Nama Mbappe mula meningkat selepas Monaco tampil cemerlang dalam Liga Juara-juara pada musim lalu dan secara keseluruhannya, Mbappe telah menjaringkan 26 gol dalam kesemua pertandingan disertainya.

Mbappe pula telah berpindah ke pasukan gergasi Perancis, PSG secara pinjaman semusim dengan perjanjian pembelian tetap bernilai €180 juta pada musim panas ini. Setakat ini Mbappe dilihat tiada masalah menyesuaikan diri dengan pemain bertaraf bintang lain seperti Neymar, Edinson Cavani dan Angel Di Maria.

Di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia ini Mbappe tidak bergelut seperti pemain muda yang lain apabila terus konsisten dengan membuat lari kilat sepantas penulis. Mbappe telah menghantar Messi dan rakan-rakan pulang awal.

Mbappe bukan sahaja boleh menjaring tetapi juga boleh mencipta peluang gol sambil membuat huru-hara di depan gol lawan. Pada usia 19 tahun Mbappe telah mempunyai prestasi yang cemerlang lagi konsisten di peringkat kelab dan antarabangsa.

Dalam perlawanan separuh akhir menentang Belgium Mbappe membuktikan bahawa beliau seorang yang cemerlang secara individu dan berpasukan dan mampu merobek pemain pertahana kental seperti Vincent Kompany.

Selepas menerima bola 'back pass' dari Blaise Matuidi, Mbappe telah menarik bola tersebut sebelum sekali lagi membuat 'back pass' kepada Giroud yang berada dibelakang selepas melihat 'side mirror'.

Namun sayang, Giroud yang sekadar ada di dalam padang tanpa sebarang fungis gagal menyudahkan gerakan cantik itu, namun hantaran itu boleh diangkat sebagai 'pass of the tournament'.

Video dari sudut jauh.

Hantaran berserta ulasan.

Ramai yang memperkatakan hantaran Mbappe itu. Ni letak 20k pun jalan.




Paparkan Komen