Haka Pertama All Blacks Di Piala Dunia Ragbi 2019

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Juara Ragbi Piala Dunia 5 kali, New Zealand All Blacks turun dalam perlawanan pertama mereka di kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019 yang berlangsung di Jepun bertemu Afrika Selatan.

Sebelum perlawanan All Blacks telah mempamerkan tarian tradisi mereka yang digelar Haka dengan penuh semangat dan mampu menurunkan semangat lawan.

New Zealand merupakan juara dalam dua edisi sebelum ini dan turun untuk mempertahankan kejuaraan dan mencatatkan gelaran hatrik.

All Blacks berada Pool B bersama Afrika Selatan, Italy, Namibia dan Kanada.




Paparkan Komen