Hafiz Syahrin Menunda Motosikal Marq Marquez Jadi Tular

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Minggu lalu, Marc Marquez sudah mengesahkan gelaran kejuaraan dunia MotoGP kelapan beliau di Buriram, Thailand. Marquez memintas Quartararo di pusingan terakhir untuk menjuarai grand Prix tersebut.

Kemenangan ini menyebabkan ada yang berpendapat Marc Marquez sebenarnya sudah menjadikan sukan MotoGP bosan kerana seperti terlalu mudah untuk beliau. Patut bersara lepas tu main congkak je.

Marquez ternyata berada di kelas beliau tersendiri pada beberapa musim ini berbanding dengan pencabar beliau yang lain.

Quartararo ternyata sangat kecewa dan tak percaya beliau dipintas sebegitu rupa. Menurut Quartararo, ianya sangat sakit, kalah dengan cara seperti itu.

Marquez meraikan kejuaraan beliau dengan gaya unik di atas meja pool dengan memasukkan bola kelapan, simbolik kepada kejuaraan kelapan beliau.

Terbaru di GP Jepun, Marquez yang sudah lama mengesahkan kejuaraan dunia telah memenangi perlumbaan buat kali ke-10 musim ini.

Kemenangan ke-10 Marquez ini telah membantu pasukan Honda untuk bergelar juara kategori pengeluar buat tahun 2019.

Ini merupakan kali ke-25 Honda menjadi juara untuk kategori pengeluar.

Dalam perlumbaan ini satu insiden menarik telah terjadi di mana jentera tunggangan Marq Marquez hampir kehabisan minyak sebelum perlumbaan tamat.

Namun minyak mencukupi untuk Marquez menghabiskan perlumbaan tetapi tidak cukup untuk kembali ke pit dan motornya mati.

Namun Hafizh Syahrin sebagaimana penunggang motosikal di Malaysia yang lain mempunyai pengalaman untuk menunda motosikal yang mati akibat kehabisan minyak di jalan raya menghulur bantuan.

Hafizh telah menunda motosikal Marquez dengan penuh bergaya dan insiden ini menjadi bualan.

KTM - Kami Tunda Marquez

Hafizh lends a helping hand for Marquez

The first thing that has gone wrong all day! 😂Marquez' Honda has stopped running, and the world champion receives a helping hand back to parc ferme from Syahrin! 🤝#JapaneseGP 🇯🇵

Posted by MotoGP on Sunday, 20 October 2019


Paparkan Komen