Gerakan Solo Yang Bijak Dari Federico Bernardeschi Punca Gol Kemenangan Juve

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Nama Cristiano Ronaldo menjadi sebutan dan diangkat sebagai wira selepas 3 jaringannya berjaya membara Juventus mara ke suku akhir.

Namun jangan dilupa kepada pemain bernama Federico Bernardeschi yang menjadi arkite kepada gol pertama dan gol kemenangan Juventus.

Pada minit ke-27 hantaran sedap dan bijak dari Federico Bernardeschi tenang disudahkan Ronaldo dengan sundulan bak peluru dan inilah gol kebangkitan Juventus.

Ketika perlawanan hampir tamat dan mungkin akan dibawa ke tambahan untuk menentukan pemenang Fernando Bernadeschi terus berusaha mencari gol.

Fernando Bernadeschi cemerlang dalam perlawanan ini apabila gerakan solo beliau dari tengah padang ke kotak penalti membuahkan hasil.

Angel Correa telah menjatuhkan Fernando Bernadeschi dan penalti tanpa teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti ketika permainan berbaki 3 minit.

https://www.youtube.com/watch?v=7k0Kgauf61s


Paparkan Komen