Genap 4 Tahun Gol Sundulan Terbang Van Persie

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pada Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil, bertarikh 13 Jun 2014, Robin Van Persie telah melakukan satu sundulan terbang yang ikonik.

Kejadian berlaku ketika Belanda menentang Sepanyol. Xabi Alonso meletakkan Sepanyol dihadapan dan bermula baik namun Van Persie menyamakan kedudukan melalui sundulan terbang.

Penonton di The Arena Fonte Nova berdiri memberi tepukan gemuruh dan gol itu menjadi tonik kemenangan Belanda 5-1 ke atas Sepanyol.

Tandukan ini telah dinobatkan The Greatest Header In World Cup History.

Kini semua tinggal kenangan, Persie dan Belanda hanya menjadi penonton pada Piala Dunia edisi 2018.




Paparkan Komen