Friendly Match : Paraguay 2-4 Jepun

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Jepun mencatat kemenangan bergaya ke atas Paraguay dalam perlawanan terakhir pemanas badan sebelum sepak mula Piala Dunia di Russia.

Kemenangan pertama Jepun di bawah pemerintahan pengurus baru, Akira Nishino dengan 4 gol sekaligus menamatkan kemarau gol selama 231 minit.

Jepun tewas 2-0 kepada Ghana dan Switzerland dalam dua perlawanan pemanas badan sebelum ini di bawah Nishino yang mengambil alih dari Vahid Halilhodzic pada April lalu.

Ketinggalan satu gol Jepun mengejar dan mendahului 3-1 hasil dua jaringan Takashi Inui sebelum Paraguay cuba merapatkan kedudukan.

Shinji Kagawa menutup malam cemerlang Jepun dengan gol ke-4.

https://www.youtube.com/watch?v=JXMrQA-AcbQ


Paparkan Komen