Francis Coquelin Akhiri Debut Mason Mount Di Champions League

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Debut Mason Mount di Champions League bersama Chelsea di akhiri dengan penuh kejam oleh bekas pemain Arsenal, Francis Coquelin melalui satu terjahan yang keras.

Pemain muda harapan seluruh peminat Chelsea itu dikeluarkan pada minit ke-17 ketika aksi di Stamford Bridge selepas mengalami kecederaan yang mengerikan.

Bekas pemain tengah Arsenal, Coquelin telah gagal mengawal bola lalu cuba untuk membuat hantaran yang pada ketika itu dicabar oleh Mason Mount.

Tolakan Couquelin itu menyaksikan tapak kasut beliau menuju ke keting Mount dan buku lali Mount telah terpelot dengan ngeri sekali.

Mount kemudian dikeluarkan dan Pedro masuk sebagai galang ganti namun Coquelin hanya dilayangkan kad kuning untuk satu kekejaman.

Kecederaan Mount akan menjadi tamparan hebat buat Chelsea selepas beliau mempamerkan aksi terpuji sejak musim baru bermula.




Paparkan Komen