Europa League - Round of 16 : Dynamo Kyiv 0-5 Chelsea (Agg. 0-8)

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Dynamo Kiev 0-5 Chelsea dan pasukan Lonodn mara penuh bergaya dengan agregat 8-0. begitulah keputusan perlawanan kedua Europa League pusingan 16 terbaik yang dicatatkan Chelsea.

Dengan mudah Chelsea membenam kelab dari Ukraine itu untuk mara ke suku akhir tanpa rasa melekit, Olivier FGiroud menjadi watak utama kemaraan Chelsea.

Pemain atarabangsa Perancis itu menjaring hatrik dan juga satu bantuan gol. Sungguh hebat.

Hatrik yang sempurna dari Giroud dan pemain pertama melakukannya di Europa League. Kaki kiri, kaki kanan dan sundulan.

Olivier Giroud mudah menolak bola dari jarak dekat untuk meletakkan Chelsea didepan seawal minit ke-5.

Lelaki Perancis itu menggandakan kedudukan selepas sesuka hati menyudahkan hantaran lintang Marcos Alonso.

Kemudian Marcos Alonso pula mencetak nama sebagai penjaring untuk gol ketiga dari hantaran lintang Callum Hudson-Odoi.

Giroud melengkapkan hatrik selepas sejam permainan dengan melakukan sundulan penuh berskill menyudahkan sepakan percuma Willian.

Hudson-Odoi melengkapkan aksi Chelsea membelasah Dynamo Kyiv dengan jaringan kelima.

Hatrik yang sempurna dari Giroud dan pemain pertama melakukannya di Europa League. Kaki kiri, kaki kanan dan sundulan.

Dynamo Kiev (4-2-3-1): Boyko 6; Kedizora 5, Burda 4, Kadar 4.5, Mykolenko 4.5; Sydorchuk 5 (Tche 65, 5), Shepeliev 5; Tsygankov 5, Shaparenko 5.5, Sidcley 5 (Smirniy 81); Garmash 6

Chelsea (4-3-3): Arrizabalaga 6.5; Zappacosta 6 (Azpilicueta 69, 6), Christensen 7, Rudiger 7, Alonso 8; Kante 6 (Jorginho 65, 6), Kovacic 6, Loftus-Cheek 7.5; Hudson-Odoi 7.5, Giroud 8.5, Willian 6.5 (Pedro 74, 6)

First Leg Europa League 18/19 : Chelsea 3-0 Dynamo Kyiv

Chelsea mudah membawa bekalan 3 gol untuk perlawanan kedua Europa League pusingan 16 terbaik apabila tenang sahaja menewaskan Dynamo Kyiv 3 gol tak beerbalas.

Pedro meletakkan Chelsea dihadapan apabila menyempurnakan hantaran back heel super genius dari Oliver Giroud.

Persembahan mantap Chelsea dihadapan penyokong sendiri berterusan apabila Willian menggandakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Tepat menarik dan jitu sepakan percuma Willian yang melencong masuk ke penjuru gawang.

Callum Hudson Odio melengkapkan kemenangan bergaya Chelsea dengan gol ketiga di penghujung perlawanan.

Chelsea: Arrizabalaga, Zappacosta, Luiz, Christensen, Alonso, Barkley (Loftus-Cheek 62), Jorginho (Kante 62), Kovacic, Willian (Hudson-Odoi 78), Giroud, Pedro.

Dynamo Kiev: Boyko, Kedziora, Burda, Shabanov, Mykolenko, Sydorchuk, Shepelev, Tsygankov, Shaparenko, Buyalsky (Sidcley 71), Rusyn (Harmash 66).




Paparkan Komen