Europa League Final : Marseille 0-3 Atletico Madrid

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Diatas kertas perlawanan akhir Europa League antara Marseille dan Atletico Madrid ini nyata berpihak kepada pasukan dari Kota Madrid.

Namun ini adalah perlawanan akhir apa pun boleh terjadi sebgaimana mana Arsenal yang penulis sebut+sebut sebagai pasukan bakal juara Europa League musim ini yang kecundang dengan mudah di kaki lawan.

Atletico Madrid bukanlah Arsena, maka mereka dapat memenuhi jangkaan ramai dengan selayaknya bergelar juara selepas mendominasi perlawanan.

Ayam tambatan Atletico Madrid, Antoine Griezmann menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-21 dan jaringan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Selepas 4 minit sepak mula separuh masa kedua, Atletico Madrid menggandakan kedudukan dan kali ini juga dari ketajaman Griezmann.

Gabi menutup malam penuh gemilang mereka dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan untuk bergelar juara Europa League.

Griezmann - 2 gol
Gabi - 1 gol 1 assist
Koke - 2 assist

FT Marseille 0-3 Atletico Madrid

MARSEILLE XI: Mandanda, Sarr, Rami, Gustavo, Amavi, Zambo, Sanson, Thauvin, Payet (Lopez 32), Ocampos (N'Jie 55), Germain (Mitroglou 74).

Simpanan: Pele, Sakai, Kamara, Rolando.

Gol: -

Pengurus: Rudi GarcĂ­a

ATLETICO MADRID XI: Oblak, Vrsaljko (Juanfran 46), Gimenez, Godin, Lucas, Correa (Thomas 88), Gabi, Saul, Koke, Griezmann (Torres 90), Costa.

Simpanan: Werner, Filipe Luis, Savic, Gameiro.

Gol: Griezmann 21, 49; Gabi 89

Pengurus: Diego Simeone

Pengadil: Bjorn Kuipers (Holland)




Paparkan Komen