Europa League 2019/20 : Manchester United 3-0 Partizan Belgrade

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United turun beraksi di kejohanan Eropah kelas kedua, Europa League menentang pasukan daripada Serbia, Partizan Belgrade.

Oleh kerana Manchester United sebuah pasukan yang sedar diri dan tahu di mana mereka berada, mereka bermain mengikut jadual biasa di hari jumaat.

Tidak seperti satu pasukan dari London yang bermain di hari Champions League berlangsung nak mengaburi mata ramai tapi sekadar seri menentang sekolah Victoria.

Ole Gunnar Solskjaer mengambil serius perlawanan ini dengan menurunkan barisan pemain utama kerana ini antara jalan untuk mereka kembali ke Champions League.

Kesilapan formula yang digunakan ketika tewas kepada Bournemouth nyata telah diperbetulkan oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan ini.

Partizan Belgrade lebih awal menjaringkan gol kerana kesilapan pemain pertahanan termahal dunia ketika membuat hantaran.

Namun kegopohan pemain Partizan Belgrade ketika membuat hantaran menyebabkan mereka terperangkap offside, perit kalau kena gol macam tu.

Selepas itu Setan Merah berjaya melancarkan beberapa serangan yang mengancam namun apa yang nak diharapkan daripada Marcus Rashford selain menerima gaji yang mahal.

Partizan Belgrade seperti perlawanan lepas bermain dengan baik dalam merencana serangan tetapi mereka menggelabah dan mati kutu bila masuk ke kotak penalti.

Akhirnya Mason Greenwood memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan pada minit ke-22 selepas berjaya memperdaya pertahanan Partizan Belgrade.

Setan Merah mula memahami formula yang diterapkan oleh Ole Gunnar Solskjaer apabila melancarkan serangan demi serangan.

Anthony Martial menggandakan kedudukan pada minit ke-33 dengan satu gerakan solo yang sangat menarik dan luar biasa. Dah macam Lionel Messi.

Juan Mata bermain sangat baik dalam perlawanan ini dengan hantaran-hantaran pendek dan sesekali melakukan hantaran satu dua.

Hanya 4 minit bersambung babak kedua Setan Merah terus mejarakkan kedudukan, Marcus Rashford melakukan satu rembatan jarak dekat selepas menerima hantaran cantik Ashley Young.

Kalau bola macam tu tak masuk tak tahu nak kata apa la.

Dengan kelebihan 3 gol dikaki, Manchester United bermain tenang-tenang saja dan melakukan dua pertukaran ketika permainan masih berbaki 30 minit.

Pertukaran yang jelas tidak memberi impak kepada permainan United yang agak cemerlang sebelum itu.Mujur Partizan agak pening dalam mencari gol.

Tiada apa yang menarik sepanjang baki perlawanan, Manchester United kembali bosan seperti biasa dan wisel penamat dari pengadil merupakan satu detik yang ditunggu-tunggu.

Kemenangan ini telah melayakkan Manchester United ke pusingan kalah mati dengan baki dua lagi perlawanan.

Manchester United: Romero, Wan Bissaka, Maguire, Rojo, Young, McTominay (Lingard 75), Fred (Garner 63), Greenwood, Mata, Rashford (Pereira 67), Martial.

Subs: Jones, Grant, James, Williams.

Partizan Belgrade: Stojkovic, Nemanja Miletic, Ostojic, Strahinja Pavlovic, Urosevic, Natcho (Tosic 60), Zdjelar, Scekic, Asano (F Stevanovic 70), Soumah, Umar (Ivanovic 86).

Subs: Vujacic, Brezancic, N Stevanovic, Lutovac.



Paparkan Komen