Europa League 2019/20 : Manchester United 1-0 FC Astana

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Manchester United tidak perlu pemain pertahanan terbaik dunia, penjaga gol terbaik dunia apatah lagi trio terbaik dunia untuk mencatatkan kemenangan pertama mereka di Europa League.

Setan Merah hanya perlukan sekumpulan kanak-kanak dan yang hanya memerlukan gol tunggal daripada pemain bernama Mason Greenwood untuk menang.

Ketika dibawah bimbingan Jose Mourinho, Manchester United muncul juara Europa League bagi musim 2016/17 dan juga telah mencatatkan kemenangan 1-0 pada perlawanan pertama.

Jika mengikut logik satu pasukan dari England, Manchester United akan muncul juara Europa League musim ini. Namun rasanya peminat Setan Merah lebih berakal dan tidak percaya benda mengarut.

Ole Gunnar Solskjaer menurun barisan pemain akademi dalam perlawanan ini ekoran senarai kecederaan yang semakin meningkat di kem Manchester United.

Mason Greenwood di beri kepercayaan bermula dari kesebelasan utama bersama Angel Gomes, Tahith Chong dan Axel Tuanzebe.

Tempoh 20 minit pertama permainan dipamerkan barisan muda United ini sangat menarik dan Astana pula hanya bermain supaya tidak dibelasah teruk.

Selepas itu permainan mula bosan dan membuatkan mengantuk menguasai diri sehinggalah Mason Greenwod menjaringkan gol yang menarik.

Tiada detik yang mampu diingati dalam perlawanan ini kecuali gol Greenwood. Marcus Rashford pula tiada memberi kesan kepada pasukan jika dibangdingkan pemain muda yang lain.

Man Utd XI: Romero, Dalot, Tuanzebe, Jones, Rojo, Matic, Fred, Chong, Gomes, Greenwood, Rashford.

Astana XI: Eric, Shomko, Simunovic, Postnikov, Rukavina, Maevski, Tomasevic, Tomasov, Sigurjonsson, Rotariu, Murtazayev



Paparkan Komen