Detik Sabah Dinobatkan Sebagai Juara Liga Perdana 2019

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Sabah meraikan kejayaan mereka muncul Liga Perdana 2019 selepas menewaskan UiTM FC 2-1 di Shah Alam dihadapan hampir dua ribu penyokong mereka yang hadir menyaksikan kehebatan Sang Badak musim ini.

Skuad kendalian Jelius Ating terlebih dahulu sudah melayakkan diri ke Liga Super 2020 minggu lalu dan baru saja sah bergelar juara Liga Perdana.

Berdasarakn carta liga sila abaikan JDT II dan Terengganu FC II kerana pasukan ini berstatus feeder kelab yang tidak akan ke Liga Super walaupun layak.

Kejayaan Sabah ini terus diraikan pemain dan pengurusan pasukan di bilik persalinan.

Sabah bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan UiTM FC sekaligus muncul sebagai juara Liga Perdana 2019 selepas mengesahkan tempat ke Liga Super 2020 minggu lalu.

Gelaran juara yang diperoleh dengan penuh bergaya apabila UiTM FC terlebih dahaulu didepan pada separuh masa pertama melalui Zarko Korac.

Namun Sabah bangkit penuh bersemangat dengan aura sang juara apabila mengejar dengan dua gol dalam tempoh kurang 10 minit.

Rodoljub Paunovic menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58 sebelum Aguinaldo Mendes menggandakan kedudukan 9 minit kemudian.

Kemenangan ini menobatkan Sabah sebagai juara Liga Perdana 2019.




Paparkan Komen