Champions League 2019/20 : Paris Saint-Germain 3-0 Real Madrid

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Paris Saint-Germain melanyak dan memusnahkan Real Madrid dalam perlawanan pembukaan gergasi Sepanyol di Champions League musim 2019/20 dengna penuh bergaya apabila mejaringkan 3 gol yang tidak mampu dibalas.

Juara Perancis itu turun tanpa pemain tonggak dan harapan mereka Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani namun itu tidak menjadi masalah.

PSG mempamerkan permainan yang mempamerkan kegagahan mereka menentang Real Madrid yang bermain bukan pada prestasi terbaik mereka yang seperti mabuk ketum.

Angel Di Maria membuka tirai perlawanan pada minit ke-14 melalui satu rembatan padu menewaskan Thibaut Courtois yang entah bagaimana boleh bocor.

Gol kedua daripada Maria sangat padu dan mengghairahkan melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti.

Gareht Bale menjaringkan gol terbaik dengan lambungan melemaskan namun oleh VAR kerana bola terlebih dahulu terkena tangan.

Thomas Meunier melengkapkan gol ketiga hasil gerakan kerjasama berpasukan.

Separuh masa kedua menyaksikan Real Madrid ke laut dan Bale juga hilang tidak seperti separuh masa pertama. Hazard sekadar mencari burger di padang.

Paris Saint-Germain (4-3-3): Navas; Meunier, Thiago Silva, Kimpembe, Bernat; Marquinhos (Herrera 70'), Gueyye, Veratti; Sarabia (Dialo 89'), Icardi (Choupo-Motting 60'), Di Maria.

Real Madrid (4-3-3): Courtois, Carvajal, Varane, Militao, Mendy; Casemiro, Kroos, James (Jovic 70'); Bale (Vinicius Jr 79'), Benzema, Hazard (Vazquez 70')




Paparkan Komen