Champions League 2019/20 : Napoli 2-0 Liverpool

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Champions League sudah membuka tirai bagi musim 2019/20 di mana 8 perlawanan berlangsung untuk minggu pertama dan dua perlawanan berlangsung lebih awal.

Namun perlawanan sebenar pertemuan antara Napoli dan juara bertahan serta pasukan paling hebat di muka bumi, Sang Penakluk Eropah, Liverpool power this is our year.

Menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang memenuhi jangkaan ramai lagi menghiburkan. Berbaloi berjaga hingga ke pagi walaupun kau penyokong Setan Merah.

Napoli bermain dengan berada digarisan tinggi dan lebih pula seperti biasa bermain dengan aksi bertekanan tinggi. Dah macam periuk bunyinya.

Perlawanan rancak disajikan pada separuh masa pertama walaupun tiada gol yang terhasil di mana benteng pertahanan kedua-dua pasukan bermain sangat baik dan penuh berdisiplin.

Napoli dilihat lebih garang namun Adrian sudah bersedia dan bermain penun yakin dengan melakukan beberapa penjimatan hebat.

Peluang terbaik Liverpool daripada Mohamed Salah berjaya ditepis oleh penjaga gol Napoli, Alex Meret.

Memasuki minit ke-70 tiada gol lagi terhasil dan permainan masih laju seperti awal.

Pada minit ke-80 Andy Robertson telah mejatuhkan Jose Maria Callejon dalam kotak penalti dan itulah yang ternampak di mata pengadil lalu tanpa teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Video Assistant Referee(VAR) tidak menjadi rujukan pengadil kerana di mata penyokong Liverpool, Callejon telah melakukan satu simulasi iaitu dengan menerbangkan badan.

Dries Merten menyempurnakan sepakan penalti dengan satu nafas dengan satu sepakan kencang dan sepenuh hati tanpa rasa was-was untuk meletakkan Napoli di depan.

Tiada tanda-tanda daripada Napoli untuk bertahan. Memasuki masa kecederaan Napoli menambah lagi jaringan kali ini menerusi Fernando Llorente yang memanfaatkan kesilapan daripada Virgil van Dijk.

Penakluk Eropah yang juara juara bertahan Champions League akhirnya tumbang di kaki Napoli. Baru perlawanan pertama ye dok?

Hujung musim ke final lagi Liverpool. Yakinlah semua.

Starting XI: Meret (8); Lorenzo (7), Manolas (6), Koulibaly (7), Rui (7); Callejon (7), Allan (7), Ruiz (6), Insigne (5); Mertens (7), Lozano (5).
Substitutes: Zielinski (6), Llorente (7), Elmas (5).

Starting XI: Adrian (8); Alexander-Arnold (6), Matip (6), Van Dijk (5) , Robertson (5); Henderson (7), Fabinho (7), Milner (6); ​Salah (5), Firmino (6), ​Mane (7).
Substitutes: Wijnaldum (5), Shaqiri (5)

Skema Alasan Kekalahan Liverpool

Berikut merupakan skema alasan untuk menutup kemaluan di atas kekalahan Liverpool. Pilihlah dan pakailah jika merasakan alasan ini boleh diguna pakai.

1. Terbaik MU.. Tahniah.

2. Oo.. ni ke... Season lepas pon camni gak, ujung2nya, bak org jengka kata, the rest is history...

3. Ini cerita sudah lamaa, saya sudah tau dari Facebook, yang penting abang Maliki kata apa.

4. Last season pun klah 1-0 . Apa ada hal.

5. Jarang nak kalah..UEL bila?

6. Best nya kalah.. Lama tak rasa.

7. Mcm biasaaa tahun lepas 3 away kalah.

8. Its OK, its just a game! Ada kalah ada menang, relax laa.

9. Awal lg. Layan je dulu grouping ni. MU vs PSG bila?

10. Alahai.. Mcm seblum nie juga.. Kalah Dan dikutuk tu biase je.. Adat la time kalah. So terima je lah. Hahahaha..
YNWA.

11. Lama nye x kene bahan..janggal pulak rasanya..hahaha..

12. Lama tak rasa kalah hahaha masih riak ? #YNWA ??

13. Skrip sama season lepas ni.. Tau2 juara ?

14. Bila lagi nak kena troll..asyik dpt piala je

15. benda boleh menang home buat apa menang away.. padan muka ko admin team main kat europa.

16. Akhir nye dpt gk la haters say something setelah sekian lme mendiam menanti saat ini ?




Paparkan Komen