Champions League 18/19 – Round of 16 : Bayern Munich 1-3 Liverpool Power!

The Sukan oleh The Sukan 2 bulan yang lalu

Pasukan paling hebat di atas muka bumi ini tiada dua hanyalah satu, pasukan bakal juara, Liverpool power this is our year tenang dan mudah saja melangkah ke suku akhir Champions League tanpa mempamerkan aksi kebangkitan kerana Bayern Munich bukan lawan Liverpool.

Tekanan demi tekanan diberikan kepada Liverpool selepas sekadar seri tanpa jaringan di Anfield pada perlawanan pertama.

Ada yang menyarankan supaya Liverpool lupakan saja Champions League dan fokuskan kepada gelaran juara Premier League. Malah Mohamed Salah sendiri mengakui rela lepaskan Champions League demi gelaran Liga.

Namun Liverpool sebagai pasukan hebat tidak perlu memilih malah merebut kedua-duanya. Menang Champions League dan menang Liga.

Ketika mereka yang meletakkan harapan kepada Liverpool hanya berani memberi keputusan seri 1-1 dan mara dengan gol tempat lawan.

Nama saja peminat dan mengakui dialah yang paling true namun dia jugalah yang tidak tahu kemampuan sebenar Liverpool.

Bayern Munich mudah sahaja ditewaskan Liverpool di Allianz Arena dengan jaringan 1-3 dan lebih padu kesemua gol dijaringkan oleh pemain Liverpool. Power bukan?

Pada awal permainan Bayern Munich kelihatan padu dan lebih baik. Selepas Liverpool mula mendapat rentak segalanya berubah.

Virgil Van Dijk nyata cemerlang dalam perlawanan ini apabila menghasilkan satu bantuan gol dan satu jaringan.

Sadio Mane menyudahkan hantaran yang genius dari Van Dijk pada minit ke-26 dengan begitu bijak melambungkan bola apabila melihat Manuel Neuer keluar.

Melihat Bayern Munich terkial-kial di laman sendiri, atas rasa simpati Joel Matip menjaringkan gol sendiri sebelum tamat babak pertama untuk memberi unsur dramatik.

Kedudukan seri 1-1 sudah cukup untuk Liverpool namun Van Dijk menambah lagi gol di tempat lawan menyebabkan Bayern Tertekan.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung, Sadio Mane membunuh perlawanan dan semangat Bayern dengan gol ketiga.

Liverpool mara selesa dengan agregat 3-1 tidak perlu kebangkitan luarbiasa atau epik untuk mara jika pasukan itu sememangnya hebat.

BAYERN MUNICH: (4-3-3) Neuer 5.5; Rafinha 5.5, Sule 5.5, Hummels 6, Alaba 7; Javi Martinez 7 (Goretzka 72' 6), Rodriguez 7 (Sanches 79'), Thiago 7; Gnabry 7.5, Lewandowski 6, Ribery 5 (Coman 61' 6)

LIVERPOOL: (4-3-3) Alisson 7; Alexander-Arnold 7.5, Matip 7, van Dijk 9, Robertson 6; Milner 8 (Lallana 87'), Henderson 6 (Fabinho 13' 7.5), Wijnaldum 7; Salah 7, Firmino 8 (Origi 83'), Mane 8.5




Paparkan Komen