Champions League 18/19 – Round of 16 : Barcelona 5-1 Lyon

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Barcelona mudah dan senang sahaja tanpa rasa melekit untuk mara ke suku akhir selepas membelasah Lyon 5-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Champions League.

Lionel Messi merupakan dalang disebalik kemenangan penuh bergaya Barcelona ini dengan dua gol dan dua assist. Magik dari Messi.

Luis Suarez dijatuhakn oleh Jason Denayer lalu Messi menyempurnakan sepakan penalti dengan gaya Panenka pada minit ke-18.

Kemudian Philippe Coutinho menggandakan kedudukan selepas mudah menyudahkan suapan Suarez.

Lyon tidak mahu mengalah, Lucas Tousart merapatkan jurang dengan tu volley padu untuk meneruskan perjuangan.

Namun Messi terus menjaringkan gol sebelum Gerrard Pique menambah gol ke-4.

Ousmane Dembele melengkapkan gol ke-5 Barca dengan rembatan padu.

BARCELONA (4-3-3): ter Stegen; Roberto (Semedo 83), Pique, Lenglet, Alba; Rakitic, Busquets, Arthur (Vidal 74); Coutinho (Dembele 70), L Suarez, Messi

LYON (4-3-1-2): Lopes (Gorgelin 34); Dubois, Denayer, Marcelo, Mendy (Cornet 77); Ndombele, Tousart, Marcal; Fekir; Dembele, Memphis (Traore 73)




Paparkan Komen