Champions League 18/19 : Manchester United 0-2 PSG

Encik Bakri oleh Encik Bakri 9 bulan yang lalu

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa Paris Saint-Germain merupakan ujian sebenar Ole Gunnar Solskjaer.

Selepas 11 perlawanan tanpa kalah akhirnya Solskjaer meraih kekalahan pertama di pentas Eropah.

Petualang di sebalik kekalahan Setan Merah ini adalah Angel Di Maria Ogawa yang merupakan bekas janda Setan Merah.

Di Maria tanpa segan silu mencipta dua bantuan bagi membolehkan dua jaringan terhasil dalam tempoh 7 minit dari Kimpembe dan Mbappe.

Jelas PSG layak menang dan beraksi lebih baik walaupun tanpa Edison Cavani dan Neymar.

Perlawanan yang huru-hara buat Manchester United. Kalah di tempat sendiri, Jesse Lingard dan Anthony Martial terpaksa dikeluarkan kerana cedera.

Paul Pogba dilayangkan kad merah dan terlepas perlawan kedua. Semua ini bukan punca kekalahan tapi boleh la penyokong Setan Merah guna sebagai alasan.

https://www.youtube.com/watch?v=4jA2hN_sjMg https://www.facebook.com/330906967540486/videos/2285946321450610/

Manchester United (4-2-3-1): De Gea 6.5; Young 6.5, Bailly 5.5, Lindelof 6, Shaw 6; Herrera 6.5, Matic 6; Lingard 6 (Sanchez 45, 5), Pogba 5, Martial 5 (Mata, 46, 5.5); Rashford 6.5 (Lukaku, 84)

https://www.facebook.com/203532817194364/posts/239722903575355/

PSG (4-3-3): Buffon 6.5; Kehrer 7, Silva 6.5, Kimpembe 6.5, Bernat 6; Verratti 7 (Paredes 75), Marquinhos 6.5, Draxler 6.5; Alves 7, Mbappe 8, Di MarĂ­a 7.5 (Dagba 81)



Paparkan Komen