Bola Menggelembung Ronaldo Lemaskan Penjaga Gol

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Dalam perlawanan Portugal menentang Luxembourg Cristiano Ronaldo telah menggandakan kedudukan dengan satu chip yang melemaskan lagi syahdu melepasi jangkauan penjaga gol Luxembourg.

Gol ke-699 Ronaldo sepanjang kariernya dan 94 dipersada antarabangsa kini 15 gol dibelakang Ali Daie yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Jika jaringan mencecah 700 gol, Ronaldo akan menjadi pemain ke-6 yang menjaringkan gol sebanyak itu dalam karier bersama Josef Bican, Romario, Pele, Ferenc Puskas dan Gerd Muller.

https://www.youtube.com/watch?v=DtAjxlS3Zc0
https://www.youtube.com/watch?v=LQKvFFJn2b8

Sebelum ini Ronaldo telah menjaringkan 4 gol ketika menentang Lithuania dan merekodkan beliau sebagai pemain bola sepak pertama menjaringkan gol menentang 40 pasukan berbeza.

Senarai 40 negara yang berjaya dibolosi Ronaldo.

Armenia, Sweden, Latvia, Andorra, Netherlands, Estonia, Hungary, Faroe Islands, Lithuania, Luxembourg, Northern Ireland, Denmark, Belgium, Russia, Spain, Switzerland, Saudi Arabia, Azerbaijan, Kazakhstan, Cyprus, Bosnia and Herzegovina, Czech Republic, Cameroon, Egypt, Greece, Slovakia, Iran, Poland, Finland, North Korea, Iceland, Argentina, Panama, Ecuador, Croatia, Ghana, Wales, New Zealand, Morocco dan Serbia.



Paparkan Komen