Beckham Tenang Walaupun Diprank Dengan Bagitu Kejam

Encik Bakri oleh Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Bekas pemain Manchester United dan LA Galaxy David Beckham telah menjadi prank atau gurauan yang agak kejam membabitkan tugu penghargaan beliau.

Dalang disebalik prank ini adalah James Corden untuk dijadikan sebahagian daripada rancangan The Late Late Show beliau.

Kerana legasi dan jasa Beckham bersama LA Galaxy maka sebuah tugu peringatan telah di buat untu mengenang jasa pemain itu.

Prank ini telah dirancang dua bulan awal untuk tugu tersebut disiapkan. Gila gigih.

Muka langsung tidak tidak sama dan buruk dengan gigi 3 batang dan punggung yang menonjol.

Beckham nyata teruja dengan penghargaan ini dan akan berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga.

Pelakon juga diupah untuk berbual bagi menjengkelkan Beckham yang disangkanya bermain bersama Manchester City.

Pelakon itu memanggil nama Beckham dengan panggilan tidak disukainya, Dave. Mak Beckham je boleh panggil Dave.

Presiden LA Galaxy, Chris Klein yang juga bekas rakan sepasukan Beckham terbabit dalam menjayakan Prank ini.

Chris Klein merasmikan tugu ini dan sebelum perasmian, video rangkuman aksi menarik Beckham dtunjukkan.

Video itu memaparkan aksi buruk Beckham bersama LA Galaxy, berkerut dahi Beckham tapi terus tenang.

Terkedu Beckham melihat tugunya yang tenyata berbeza dan prank itu tidak berakhir disitu.

Forklift datang untuk mengangkat tugu itu lalu tuhu Beckham terjatuh. Ternganga Beckham.



Paparkan Komen