Barkley Suruh Willian Bertenang Sebelum Membuat Sepakan Yang Dahsyat

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Chelsea kembali ke pentas kejohanan paling berprestij, Champions League selepas menghabiskan satu musim di liga kelas kedua Eropah dan bergelar juara Europa League dengan menewaskan jiran sekampung Arsenal.

Bermain di Stamford Bridge gagal dimanfaatkan Chelsea untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata apabila tewas dikaki Valencia.

Semua sudah tahu bahawa Ross Barkley telah mengecewakan semua peminat Chelsea apabila gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi membolehkan Chelsea sekurang-kurangnya meraih 1 mata.

https://www.youtube.com/watch?v=Dp8U4BgNfKA

Pada kebiasaannya tugas sepakan penalti diambil oleh Jorginho dan Willian namun sebelum sepakan Barkley telah tampil berbicara dengan Willian untuk menggalas tanggungjawab.

Tammy Abraham juga tampil namun segera mengalah dan Willian seperti mahu satu kepastian dari Barkley bahawa beliau mampu melunaskan tanggungjawab.

Willian : Mari kita menoron mereka ke atas!

Barkley : Tidak, Biar aku amek! Percayalah!(Sambil membuat isyarat tangan supaya Willian tenang.)

Willan : Kau pasti?

Semua ini telah menjadi kenangan dan sejarah lalu.

Hadiah daripada Video Assistant Referee(VAR) itu telah diragut dengan rakus oleh Barkley yang menyebabkan beliau menanggung malu dan dimaki secara berjemaah.

Sepakan Barkley terbang jauh daripada gawang selepas menghentam palang dan menuju ke langit yang berjerebu. Terus kelam masa depan Chelsea yang ketinggalan ketika perlawanan hampir tamat.

Inilah reaksi Jorginho yang nyata kecewa dengan sepakan itu. Tidak masuk satu hal tapi bab berebut itu sangat padu jugak la.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard selepas perlawanan telah mengesahkan bahawa Barkley akan membuat sepakan jika beliau berada di padang.

Pasukan bimbingan Lampard akan bertemu Liverpool pada ahad ini tanpa pemain tonggak mereka, Mason Mount yang cedera.




Paparkan Komen