Alex Iwobi Dikecam Kerana Menganjing Pemain Rennes

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Alex Iwobi masuk menggantikan Alexandre Lacazette pada minit ke-70 dan aksi diingati dari Iwobi dalam kebangkitan Arsenal ini ketika permainan hampir ke penghujung.

Iwobi telah dikasari dan cuba membalas dengan menendang pemain Rennes, Hamari Traore.

Dalam ketegangan itu yang hampir membuatkan kedua pemain berlaga kepala, Iwobi telah menutup hidung dan berlalu menjauhi Hamari Traore menunjukkan nafas pemain Rennes itu berbau.

"Mulut kau busuk." Mungkin itu dikatakan oleh Iwobi.

Dua gol dari Pierre-Emerick Aubameyang dan satu dari Ainsley Maitland-Niles memastikan Arsenal ke suku akhir.

Tindakan Iwobi itu telah menimbulkan reaksi yang pelbagai.




Paparkan Komen