Aksi Pening Maguire vs Kosovo, Next Phil Jones?

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Setelah desas-desus dan berita tidak rasmi tersebar, akhirnya Manchester United mengumumkan bahawa Harry Maguire telah diikat secara sah daripada Leicester City pada jendela perpindahan musim panas yang lalu

Berita ini diumumkan oleh Manchester United melalui laman sesawang rasmi mereka dengan kontrak selama 6 tahun dengan pilihan boleh dipanjangkan kontrak untuk tahun mendatang.

Kehadiran Maguire ke kem Setan Merah dengan nilai £80 juta.... £80 juta.... £80 juta.... menjadikan Maguire pemain bola sepak di posisi pertahanan paling mahal di bumi yang fana ini.

Manchester United boleh mendapatkan Maguire dengan harga £50 juta sahaja musim lalu selepas Jose Mourinho sangat berkehendakkan pemain ini namum perpindahan itu gagal kerana Setan Merah tidak sanggup membayar harga tersebut.

Pemain kebangsaan England itu telah menyertai Leicester pada 2017 dan telah membuat 76 penampilan dan menjaringkan 5 gol.

Namun dalam perlawanan bersama England menentang Kosovo, Maguire telah menampilkan aksi yang tidak sepadan dengan harganya lalu telah dilabel sebagai 'the next Phil Jones'

Pemain pertahanan termahal dunia itu membuat kesilapan mudah apabila gagal mengeluarkan bola mudah dengan kemas tidak sepadan dengan harga membolehkan Muriqi merampasa bola.

Melihat bola di kaki Muriqi, Maguire terus melakukan terjahan dengan satu libasan dari belakang yang merupakan satu tindakan tidak perlu.

Muriqi jatuh ke tanah dan penalti terus dihadiahkan kepada Kosovo. £80 juta.... £80 juta.... £80 juta....

Maguire meneruskan aksi pening beliau dengan ketike cuba melakukan rembatan namun tidak mengena dan bola melantun-lantun. Maguire dilihat turut sama mengikut lantunan bola.

£80 juta.... £80 juta.... £80 juta....

Bila Maguire buat silap bodoh terus jadi pemain pertahanan Leicester City.




Paparkan Komen