Aksi Gila Alberto Moreno Mengeluarkan Bola Jadi Viral

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Alberto Moreno telah melakukan satu aksi akrobatik yang sangat gila ketika melakukan satu clearance dan aksinya itu telah jadi bualan dunia bola sepak lalu viral.

Alberto Moreno telah menyertai Liverpool pada tahun 2014 selepas beraksi cemerlang, gemilang dan terbilang bersama kelab tempat kelahirannya di Sepanyol, Sevilla.

Bersama Liverpool semuanya tidak seindah ketika di Sevilla buat Morena apabila membina reputasi yang buruk sebagai pemain pertahanan dengan beberapa siri kesilapan yang tak terjangkau dek akal.

Kehadiran Andrew Robertson yang menyertai Liverpool pada musim 2017/18 menyaksikan Moreno kehilangan tempatnya kepada pemain baru itu.

Kecemerlangan Andrew Robertson menyaksikan Moreno kehilangan tempat dan jarang bermain dengan 5 penampilan sahaja sepanjang musim dalam musim terakhirnya bersama Liverpool.

Pada musim 2019/20 Moreno telah berhijrah ke Villareal secara percuma dengan ikatan kontrak selama 5 tahun.

Kejadian menakjubkan yang menarik perhatian ramai terutama penyokong bekas kelab lamanya terjadi ketika Villareal, pasukan terkini Moreno menentang Espanyol dalam perlawanan La Liga.

Pemain Espanyol telah melambungkan bola ke udara dan Moreno telah terjatuh ketika bertahan dan mengawal pemain Espanyol bola pula menjunam ke arah beliau.

Tanpa disangka-sangka kedua belah kaki Moreno tegak ke udara dan melibas-libas sekali gus mengeluarkan bola dari kawasan Villareal dan menamatkan ancaman Espanyol.

Janda Liverpool, Alberto Moreno melakukan penghabisan (clearance) dengan cara yang pelik katanya.

Janda Liverpool, Alberto Moreno melakukan penghabisan (clearance) dengan cara yang pelik.

Posted by Liverpool Half-Space By Axello on Sunday, 3 November 2019


Paparkan Komen