AFF Futsal Championship 2019 : Malaysia 2-3 Indonesia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 minggu yang lalu

Skuad futsal negara telah pun turun untuk aksi pertama AFF Futsal Championship 2019 menetang musuh utama dalam semua sukan dan semua perkara, Indonesia yang diundi duduk bersama Malaysia dalam kumpulan B.

Malaysia merupakan naib juara edisi 2018 telah diundi berada dalam kumpulan B bersama Indonesia, Australi dan Vietnam yang merupakan satu kumpulan sukar.

Kumpulan A pula terdiri juara bertahan Thailand, Myanmar, Timor-Leste dan Kemboja.

Kejuaraan Futsal AFF 2019 ini turut menjadi saingan kelayakan ke Kejuaraan Futsal AFC 2020 yang mana tiga pasukan terbaik akan menjadi wakil Zon ASEAN ke pusingan akhir tersebut yang dijadual berlangsung di Turkmenistan dari 27 Februari hingga 8 Mac 2020.

Malaysia sebelum ini telah muncul naib juara, dua kali berturut-turut pada Kejuaraan Futsal AFF 2017 dan 2018 selepas tewas kepada Thailand pada aksi final kedua-dua edisi berkenaan yang berlangsung di Ho Chi Minh City (2017) dan Yogyakarta, Indonesia (2018).

Dalam perlawanan pertama ini menyaksikan Malaysia tewas tipis 3-2 kepada Indonesia.

Andri Kustiawan dan Iqbal Rahmattulah meletakkan Indonesia di depan dengan dua jaringan dalam tempoh seminit untuk mendahului 2-0 diseparuh masa pertama.

Namun Malaysia kembali bangkit dengan dua gol juga dalam tempoh seminit hasil jaringan Ridzwan Bakri dan ketua pasukan Saiful Nizam Mohd Ali pada minit ke-27.

Indonesia meraih kemenangan pertama dan 3 mata berharga apabila Syahidansyah Lubis menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-32.

Malaysia akan bertemu Australia esok, Selasa, 22 Oktober 2019 jam 8 malam.

FT MALAYSIA 2-3 INDONESIA

Andri Kustiawan 17'
Iqbal Rahmattulah 17'
Ridzwan Bakri 27'
Saiful Nizam Mohd Ali 27'
Syahidansyah Lubis 32'

https://www.youtube.com/watch?v=DU7MHNpcxZs https://www.youtube.com/watch?v=XnszGVYfQcg

Paparkan Komen