Aaron Ramsey Curi Gol Sepakan Percuma Ronaldo

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo terus gagal unutk menjaringkan sepakan percuma buat Juventus sejak menyertai pasukan gergasi Italy itu pada musim lalu dan ketika hampir mendapat gol sepakan percuma pertama, Aaron Ramsey datang mencuri.

Pemain sensasi yang sudah mencecah usia 34 tahun itu gagal dalam 29 percubaannya ketika mengambil sepakan percuma satu rekod yang agak padu.

Dalam perlawanan menentang Lokomotiv Moscow disaingan kumpulan D UEFA Champions League, Ronaldo telah mengambi sepakan percuma pada minit ke-3 perlawananan.

Sepakan Ronaldo gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Lokomotiv Moscow, Guilherme Marinato lalu bola pun meleleh menuju ke gawang.

Ketika bola itu hampir masuk dan Ronaldo hampir mendapat gol sepakan percuma pertamanya, Aaron Ramsey hadir untuk menolak masuk bola ke gawang.

Satu tindakan yang biasa bagi pemain bola sepak untuk memastikan gol itu menjadi milik pasukan dan Ramsey segera meraikan gol itu.

Ramsey telah mengangkat tangan ke udara dan menunjukkan jari dan berlari ke arah Ronaldo yang juga sedang meraikan gol itu.

Dari gaya keraian gol, Ronaldo mungkin menyangka gol itu akan dicetak atas nama beliau tetapi malangnya jaringan tersebut menjadi milik Ramsey.

Ketika Ramsey menolak masuk, bola tidak melepasi garisan gol sepenuhnya dan bola itu menjadi milik bekas pemain Arsenal itu.

Ramsey menjadi pemain British pertama menjaringkan gol buat Juventus di Champions League dan gol kedua peribadi sejak menyertai the old lady.

Ronaldo telah terlepas peluang untuk menjaringkan gol yang ke-14 musim ini.

Aleksei Miranchuk menyamakan kedudukan sembilan minit selepas itu sebelum Douglas Costa menjaringkan gol kemenangan minit akhir.



Paparkan Komen