TSAM Kecewa Dengan Prestasi Terburuk TRW Dalam Tempoh 10 Tahun

Encik Bakri oleh Encik Bakri 9 bulan yang lalu

Penyelamat bola sepak Kelantan dan juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA), Tan Sri Anuar Musa (TSAM) kecewa dengan prestasi semasa Kelantan di saingan Liga Super.

TSAM merupakan individu yang bertanggungjawab menaikkan kembali bola sepak Kelantan dan menaikkan jenama The Red Warriors(TRW) meluahkan kekecewaannya itu melalui laman muka bukunya.

Selepas 3 perlawanan Kelantan gagal mencatatkan sebarang kemenangan dengan dua kekalahan dan satu seri sekaligus berada di tangga tercorot Liga Super setakat ini.

TSAM menganggap prestasi Kelantan ketika ini adalah yang terburuk buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun. Demgan gaya penulisan yang masih menggunakan campuran huruf kecik dan besar walaupun tidak sepadu dahulu TSAM berkata :

"Sudah 3 game trw ku...masih belum tercatat sebarang kemenangan..buat pertama kali sejak 10 tahun TRW TERPEROSOK DI TANGGA TERBAWAH CARTA diawal musim lagi...agak membimbangkan."

Tan Sri Anuar Musa yang kelihatan kecewa tetap mendoakan kemenangan sulung Kelantan bagi perlawanan keempat menentang Perak.

"Doakan kemenangan game ke4 di gelanggang sendiri bertemu Perak...perlu mendaki tangga carta.."

Tahun lalu TSAM mengundurkan diri dari mengekalkan jawatan Presiden KAFA yang kini disandang oleh Ahli Perniagaan terkenal di Kelantan, Puan Bibi Ramjani Ilias Khan atau panggilan mesranya Kak Bi.

Sudah 3 game trw ku...masih belum tercatat sebarang kemenangan..buat pertama kali sejak 10 tahun TRW TERPEROSOK DI...

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Saturday, 10 February 2018



Paparkan Komen