Trailer Filem Conor McGregor Notorious

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Hampir 4 tahun bertarung di tahap tertinggi, bintang UFC Conor McGregor bakal mempunyai filem yang menceritakan kisah hidupnya yang berjuang untuk menjadi seorang pahlawan di gelanggang Ultimate Fighting Championship - UFC.

Sejak menyertai UFC pada tahun 2013, Conor McGregor seakan sudah ditakdirkan bakal menjadi bintang di gelanggang itu kerana mempunyai karisma yang cukup hebat, gayat berlawan yang menarik dan keputusan perlawanan yang tidak mengecewakan.

Dengan pakej yang lengkap pada diri McGregor pihak UFC dengan yakinnya melakukan promosi besar-besaran untuk mengangkat McGregor menjadi seorang bintang dan hasilnya seperti anda lihat pada hari ini.

Dengan sifat yang gila dan bermulut longkang McGregor berjaya menambat hati peminat dan kegilaan berterusan apabila mencabar antara petinju hebat sepanjang zaman Floyd Mayweather dalam arena tinju.

Kegilaan ini McGregor telah difilemkan yang berjudul Conor McGregor : Notorious yang dijangka berada di panggung wayang gambar atau pawagam seluruh dunia pada 1 November 2017.

Korang tengok sendiri la trailer kat bawah.




Paparkan Komen