Sukan SEA 2019 : Pusat Media Bagi Acara Bola Sepak Sangat Menyedihkan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Secara tidak rasmi Sukan SEA 2019 yang berlansung di Filipina telah bermula dengan beberapa acara termasuk acara bola sepak telah berlangsung dan pembukaan rasmi akan diadakan pada 30 November.

Masalah yang terjadi di Sukan SEA 2019 bermula apabila pasukan Timor Leste, Kemboja dan Myanmar yang tiba di bumi Filipina berdepan dengan masalah pengangkutan dan penginapan.

Pemain pasukan Timor Leste tersangkut di lapangan terbang untuk tempoh beberapa jam sebelum dihantar ke hotel dan lebih menarik mereka dihantar ke hotel yang salah.

Kesian Timor-Lester dah kena macam-macam, lepas main kena belasah pulak.

Logo Sukan SEA 2019 menjadi bualan rakyat Filipina dan menyeifatkan logo itu sangat buruk dan pengurusan yang teruk terutamanya ketika menyambut kehadiran atlet yang mula sampai.

Tak ramai lagi sampai ni dah huru-hara, semoga baik-baik saja menjelang hari pembukaan.

Pandai mak kau buat logo Sukan SEA 2019. Kah kah kah.

Para pekerja masih bertungkus lumus membuat kerja pengubahsuaian di Rizal Memorial Sports Complex, Manila yang menjadi venue bagi acara bola sepak, 10 jam sebelum perlawanan pertama berlangsung.

Ini pula situasinya 20 minit sebelum perlawanan Malaysia dan Myanmar.

Inilah pusat media di dalam Stadium Rizal Memorial bagi pertandingan bola sepak di Sukan SEA 2019 yang dianjurkan oleh Filipina bagi acara sukan dwi tahunan ini. Sangat menyedihkan.

Kawasan ini sepatutnya menjadi veneu bagi acara Squash di Sukan SEA 2019 tetapi gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan

Jadual perlawanan di Rizal Memorial Sports Complex, Manila ni tulis pakai tangan ke?

Semoga pemerintah Indonesia tidak meminta kerajaan Filipina membuat permohanan maaf.

Ada yang mula membuat perbandingan pusat media ketika Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dan persidangan Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) yang berlangsung di Filipina pada 2015.

Nyata persidangan Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) 2015 di Manila jauh lebih baik dan tampak canggih jika dibandingkan dengan Sukan SEA 2019 Manila.

Jika berdasarkan kepada gambar di atas bukan Filipina tidak mampu menganjurkan Sukan SEA 2019 tetapi mungkin ada salah tadbir urus untuk acara ini.

Ini merupakan kali ke-4 Filipina menjadi tuan rumah Sukan SEA iaitu pada tahun 1981, 1991, 2005 dan 2019. Apa yang terjadi ini sangat pelik dan menghairankan.

Situasi ini nyata memberi kemaluan yang besar kepada Filipina dan rakyatnya serta sesiapa saja yang telah berada di sana.



Paparkan Komen