Sukan SEA 2019 : Pemain Indonesia Termakan Babi Gara-Gara Tiada Informasi Yang Jelas

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Kekalutan dan kelemahan Filipina sebagai penganjur Sukan SEA 2019 semakin meruncing apabila CNN Indonesia melaporkan bahawa ada pemain timnas Indonesia telah termakan daging babi yang merupakan satu makanan terlarang bagi pemain muslim.

Sikap tidak cakna dan tidak serius tuan rumah ini dilihat semakin melampau kerana pemain Indonesia tanpa sengaja mengambil makanan yang mengandungi daging babi ekoran tiada informasi yang jelas.

"Sehingga kini mereka belum mampu untuk memberi maklumat dengan baik. Kami berharap di hari-hari mendatang mereka mampu memperbaiki isu ini dan mengasingkan makanan halal dan tidak hahal." Ujar Media Officer Timnas Indonesia, Gatot Widakdo.

Pemain Timnas Indonesia di SEA Games 2019 dikabarkan tak sengaja makan daging babi di Filipina karena tak ada informasi...

Posted by Timnas Indonesia News on Tuesday, 26 November 2019

Sukan SEA 2019 ini sememangnya sudah menimbulkan pelbagai kontroversi melibatkan atlet yang terlibat dalam acara yang berlangsung lebih awal seperti bola sepak sebelum majlis perasmian bermula.

Kini semakin ramai atlet dari pelbagai negara sudah mula tiba dan hari perasmian juga semakin hampir. Entah bagaimana Filipina akan menguruskan ketibaan atlet yang lebih ramai.

Masalah yang melibatkan makanan halal ini bukan dihadapi oleh Indonesia sahaja malah Singapura juga mengalami masalah yang sama dan masalah ini sangat sensitif serta besar buat atlet yang beragama Islam.

Pasukan Floorball, bola sepak dan Bola Jaring Singapura dilaporkan terpaksa membeli makan sendiri untuk mengurangkan risiko mengambil makanan tidak halal seperti 'beliau' iaitu babi.

Singapura secara rasminya telah menghantar surat aduan kepada Philippine Southeast Asian Games Organizing Committee (PHISGOC) tentang masalah yang dihadapi seperti pengangkutan, akreditasi dan makanan halal.

Sudah beberapa kali Singapura mengingatkan penganjur supaya menyediakan makanan halal namun seperti tidak diendah dan babi terus dihidangkan.

Sebelum ini pasukan bola sepak Thailand antara negara paling awal yang merungut dengan masalah logistik sehingga membatalkan latihan.

Skuad bimbingan Akira Nishino menghadapi masalah makanan yang tidak menepati piawaian dan minuman yang disediakan juga tidak mencukupi.

Inilah pusat media di dalam Stadium Rizal Memorial bagi pertandingan bola sepak di Sukan SEA 2019 yang dianjurkan oleh Filipina bagi acara sukan dwi tahunan ini. Sangat menyedihkan.

Kawasan ini sepatutnya menjadi veneu bagi acara Squash di Sukan SEA 2019 tetapi gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan

Para pekerja masih bertungkus lumus membuat kerja pengubahsuaian di Rizal Memorial Sports Complex, Manila yang menjadi venue bagi acara bola sepak, 10 jam sebelum perlawanan pertama berlangsung.



Paparkan Komen