Solskjaer Kecewa Dengan Penalti Yang Tidak Patut Diterima Arsenal

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Ole Gunnar Solskjaer seperti manusia lain, kau, aku dan dia tidak dapat mengelak dari berasa sedih dan sayu apabila tewas buat pertama kali Premier League selepas mengambil alih dari Jose Mourinho.

Pengurus dari Norway itu terus positif dan berpendapat prestasi pemain adalah bagus namun keputusan perlawanan agak kejam bagi Setan Merah.

"Kami bermula perlahan mungkin kesan dari perlawanan menentang PSG, aku tak tahu. Kami agak lembap dan sendu pada 10-15 minit pertama."

"Kami tidak menutup dan mengambil peluang yang ada. Tapi kau tak boleh cakap perlawanan ini kami patut kalah."

"Kami mencipta 5 peluang sedap dan menemui tiang dua kali. Kami bermain baik tetapi tidak membantu untuk mendapat keputusan seperti ini."

"Selepas Arsenal mendapat gol pertama permainan mula berubah, prestasi baik tetapi keputusan mengecewakan."

Solskjaer juga merasakan Arsenal tidak patut mendapat sepakan penalti dan keputusan pengadil tidak tepat.

"Garu kepala kau jika dua percubaan kena tiang. Kadang kala penyerang menyudahkan peluang dan kadang kala tidak."

"Mereka dapat penalti, aku rasa pengadil akan kecewa jika melihat balik penalti ini kerana aku rasa tak patut penalti selepas tengok kat tv."

Mengenai gol pertama Arsenal daripada Granit Xhaka, Solsjaer tidak menyalahkan David De Gea kerana mengakui bola itu bergerak secara aneh.

"Bola rembatan Xhaka bergerak dengan aneh sekali dan bila kau tengok kat tv kau akan nampak bola itu menuju ke arah De Gea tetapi kemudian berubah arah."

"Satu rembatan yang baik dan itu satu-satunya percubaan mereka dapat di separuh masa pertama."

Bekas pemain penyerang itu mengakui wujudnya elemen nasib tanpa menyalahkan angin, rumput, cuaca atau alam sekitar.

"Setakat ini sangat menakjubkan dan hari ini merupakan yang terburuk kerana kami kalah dan gagal untuk terus menekan Spurs."

"Kami menang perlawanan yang tidak layak untuk menang dan tewas pada perlawanan yang sepatutnya kami menang."




Paparkan Komen