Seorang Penyokong Spurs Meninggalkan Stadium Selepas Ajax Mendahului 2-0

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Meninggalkan stadium selepas melihat pasukan kegemaran anda dibolosi gol dan tidak mempunyai peluang untuk bangkit merupakan perkara biasa dalam bola sepak.

Ada yang memilih untuk keluar awal dari stadium kerana ingin berebut LRT dan ada juga yang memilih untuk keluar awal kerana tidak mahu terperangkap dalam traffic jam yang mampu mengakibatkan anda tersekat berjam-jam lamanya.

Penyokong Spurs yang gelojoh kemaluan besar kerana terlalu cepat mengaku kalah !

Itu semua lumrah dalam bola sepak sekiranya pasukan kegemaran anda ketinggalan 3-0 dan perlawanan hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi.

Tetapi berlaku peristiwa yang agak unik semalam melibatkan seorang penyokong Tottenham Hotspurs yang bertandang ke Amsterdam untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangannya itu.

Selepas melihat Ajax menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan 3-0 secara agregat, seorang penyokong Spurs merakam dirinya meninggalkan stadium dalam keadaan penuh kecewa.

Dengan menggunakan instagram miliknya, beliau memuat naik satu selfie dengan berlatar belakang stadium pada rehat separuh masa pertama.

Peminat yang tidak diketahui identitinya itu mungkin telah terlepas detik paling bersejarah Tottenham dalam pertandingan peringkat Eropah.

Sesungguhnya orang yang sabar tidak akan rugi. Peminat Spurs lain yang setia menunggu di stadium memberi sokonga bukan sahaja dihidangkan dengan 3 gol dari Moura, tetapi mereka juga menjadi saksi detik bersejarah Spurs layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama.

Dengan bantuan Lucas Moura, mereka berjaya bangkit untuk menyingkirkan Ajax seterusnya mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir untuk bertemu Liverpool.

Sebenarnya ini bukanlah kes pertama peminat Spurs meninggalkan stadium walaupun pengadil belum meniupkan wisel penamat.

Ketika perlawanan timbal balik menentang Manchester City di Etihad Stadium, ada penyokong Spurs meninggalkan stadium selepas Raheem Sterling menjaringkan gol pada waktu kecederaan.

Mereka beranggapan Spurs telah tersingkir tetapi VAR mengubah keputusan dan membatalkan gol Sterling. Jadi moral of the story di sini adalah selagi wisel penamat belum ditiup, jangan sekali-kali meninggalkan stadium. Terutamanya musim ini yang mana 'comeback' menjadi trend dalam kebanyakan perlawanan.




Paparkan Komen