Seorang Peminat Liverpool Buat Dakwaan Mengejutkan Mengenai 'Tuah' Manchester City

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Seorang peminat Liverpool menerusi akaun Twitter telah membuat satu dakwaan yang agak mengejutkan mengenai Manchester City yang sering diundi bertemu pasukan yang lemah dalam pertandingan yang mereka sertai musim ini.

Anda mungkin masih ingat mengenai petisyen yang dibuat peminat Liverpool untuk mengkaji ketepatan 'Goal-Line Technology' selepas kekalahan pertama Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris musim ini di tangan Manchester City minggu lalu.

Masih segar dalam ingatan peminat bola sepak. Sampai macam tu sekali terdesak penyokong Liverpool ni

Tidak cukup dengan itu, ada juga dakwaan yang mengatakan penjaga padang telah diarahkan untuk membiarkan rumput padang lebih tinggi dari biasa bagi mengganggu tempo permainan trio serangan Liverpool, iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah dinafikan Guardiola sambil tersenyum seribu bahasa.

"Saya tidak pernah mengarahkan perkara tersebut. Jika Liverpool mahu bermain laju, kami akan bermain lebih laju. Jadi kami tidak pernah memanipulasi keadaan."

"Saya percayakan penjaga padang kami. Beliau menyediakan padang dalam keadaan yang terbaik untuk kedua-dua buah pasukan."

Rumput panjang pon jadi masalah.

"Saya tidak pernah membuat panggilan kepada penjaga padang dan berkata, 'Lakukan perkara ini untuk mengganggu pasukan lawan'."

Selepas itu, Liverpool terus dirundum nasib malang dimana mereka tersingkir dari saingan Piala FA seawal pusingan ke-3 di tangan Wolves.

Kali ini peminat Liverpool tidak mempunyai sesiapa untuk dipersalahkan atas kekalahan pasukan mereka selain pemain Liverpool sendiri.

Kerana bosan yang teramat sangat, seorang peminat tegar Liverpool melalui akaun Twitter @mainstandred telah mencipta satu konspirasi yang mendakwa Manchester City menggunakan kuasa duit mereka untuk mendapat undian yang mudah dalam pertandingan yang mereka sertai musim ini.

Jika dilihat pada senarai pasukan yang dihadapi Manchester City dalam Piala Carabao, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah, konspirasi ini memang berasas.

Tetapi selagi tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan pak Arab Manchester City menggunakan duit untuk menerima undian mudah, tiada siapa yang akan percaya dengan konspirasi ini.

Anda percaya ?




Paparkan Komen