Senarai Pemain Paling Banyak Lakukan Kesilapan Di Premier League 2018/19

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Satu statistik telah dikeluarkan yang memaparkan kesilapan yang dilakukan oleh pemain di Premier League lalu menyebabkan gol terhasil bagi musim 2018/19 dan menyebabkan satu kerugian buat pasukan.

Setiap manusia yang hidup di dalam dunia yang fana lagi sementara ini tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tidak kira sekuat mana pun usaha seseorang itu untuk menjadi sempurna yang mungkin.

Namun setiap kesilapan itu perlu untuk dipelajari dan diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih baik kerana hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan ini, maka penjaga gol Arsenal, Bernd Leno merupakan pemenang bagi kategori pemain yang membuat kesilapan terbanyak degan 6 kesilapan yang menyebabkan gawang Arsenal bolos.

Penjaga gol merupakan benteng terakhir pasukan daripada dibolosi maka atas sebab itu apabila penjaga gol membuat silap maka kesilapan itu sangat diingati berbanding pemain posisi lain seperti pemain tengah atau penyerang.

Maka kerana itulah nama pemain yang berada dalam senarai ini adalah penjaga gol. Dalam senarai ini juga terselit juga nama bekas penjaga gol termahal dunia iaitu Alisson Becker walaupun menjulang anugerah tangan emas di banyak kejohanan.

Bernd Leno menjadi juara dengan 6 kesilapan yang menyebabkan gol diikuti oleh Asmir Begovic dengan 5 kesilapan manakala Jordan Pickford dan David De Gea berkongsi kedudukan ditempat ketiga dengan 4 kesilapan.

Penjaga gol kelab paling hebat di muka bumi dan juga penakluk Eropah, Alisson Becker berada di tempat ke-5 berkongsi kedudukan bersama 4 pemain lain dengan kesilapan.

1. Bernd Leno, Arsenal - 6 kesilapan menyebabkan gol

2. Asmir Begovic, Bournemouth - 5.

3. Jordan Pickford, Everton - 4.
David de Gea, Manchester United - 4.

5. Sol Bamba, Cardiff City - 3.
Angus Gunn, Southampton - 3.
Sergio Rico, Fulham - 3.
Alisson Becker, Liverpool - 3.
Martin Dubravka, Newcastle United - 3.




Paparkan Komen