Senarai 32 Pemain B-22 Ke Kem Latihan Pusat Squad Sukan Sea 2019

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah mengeluarkan senarai terkini nama 32 pemain dalam kem latihan pusat skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas tujuh pemain kebangsaan hadir melapor diri.

Kem latihan pusat membabitkan pasukan Malaysia B-22 ini diadakan bagi menghadapi Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.

Tujuh pemain yang baru selesai tugasan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe terdiri daripada :

1. Haziq Nadzli - Johor Darul Ta'zim (JDT)
2. Syamer Kutty Abba - Johor Darul Ta'zim (JDT)
3. Akhyar Rashid - Johor Darul Ta'zim (JDT)
4. Adam Nor Azlin (kuota lebih umur) - Johor Darul Ta'zim (JDT)
5. Danial Amier Norhisham - Felda United
6. Dominic Tan - Police Tero FC
7. Syahmi Safari - Selangor

Hanya 20 pemain akan dibawa ke Manila.

Pemain kacukan sensasi, Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi dengan Kelab Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City juga telah pun mula menyertai latihan selepas kontroversi melanda beberapa bulan lalu.

Daripada senarai 32 pemain ini, hanya 20 pemain yang akan terpilih dalam senarai akhir yang akan diumumkan oleh Ong Kim Swee pada Jumaat(22 November 2019) sebelum terbang ke Manila pada Sabtu (23 November 2019).

Ong Kim Swee turut menyenaraikan dua pemain yang melebihi umur untuk Sukan SEA dibawah kuota lebih umur iaitu :

1. Irfan Zakaria, 24 - Kuala Lumpur
2. Adam Nor Azlin, 23 - Johor Darul Ta'zim (JDT)

5 Hari Lagi Sebelum Aksi Sulung Sukan SEA 2019 di Manilla, FilipinaTujuh pemain - Daniel Amier Norhisham, Haziq...

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, 20 November 2019

Seperti biasa, semua pasukan yang bertanding di Sukan SEA akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan A bersama Myanmar, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.

Kumpulan A : Myanmar, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.
Kumpulan B : Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Jadual perlawanan Malaysia yang semuanya berlangsung di di Stadium Memorial Rizal, Manila :

Isnin, 25 November 2019 - Malaysia vs Myanmar

Jumaat, 29 November 2019 - Malaysia vs Filipina

Isnin, 2 Disember 2019 - Malaysia vs Timor Leste

Rabu, 4 Disember 2019 - Malaysia vs Kemboja

Jadual Perlawanan Sukan SEA 2019 (Lelaki)Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee akan berdepan Myanmar (25...

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, 19 November 2019


Paparkan Komen