Selamat Jalan Sarri, Selamat Kembali Lampard

Eikrem oleh Eikrem 1 bulan yang lalu

Pasukan Chelsea memang tidak asing lagi apabila kita bercerita tentang pertukaran jurulatih sejak dibeli Encik Roman Abramovich. Setiap jurulatih yang tiba pasti akan berdepan cabaran memuaskan hati dan nafsu Abramovich.

Musim lalu, Mourizio Sarri telah berjaya membawa pasukan London ini menjuarai Liga Europa, namun kejayaannya tidak datang dengan mudah di mana dia dikatakan tidak sebulu dengan pemilik pasukan tersebut, di samping menerima kecaman para penyokong Chelsea yang entah tak tahu apa yang mereka nak.

Setahun bersama Chelsea, Sarri telah menerima tawaran gergasi Serie A, Juventus, menggantikan Massimiliano Allegri yang ingin berehat selepas membawa pasukan dari Turin tersebut menjuarai liga sebanyak lima kali berturut-turut, meletakkan mereka setaraf dengan kelab elit, JDT.

Sarri bakal memulakan tugas dalam masa terdekat dan tugas pertamanya di Juventus pastilah mengunjungi rumahC Cristiano Ronaldo bagi meminta restu, di samping mengenal pasti masa depan beberapa pemain Juventus yang dikatakan mahu meninggalkan pasukan tersebut seperti Paulo Dybala, di mana pemain ini kini berada dalam radar beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.

Lampard dicanang menjadi pengurus Chelsea seterusnya. Adakah peminat Chelsea yakin dengan kemampuan Lampard?

Pemergian Sarri ke Chelsea pastinya tidak akan ditangisi kerana lagenda kelab tersebut, Frank Lampard Jr. dilaporkan bakal ditabalkan sebagai pengurus baru The Blues.

Pada musim lalu Lampard berjaya membawa Derby County ke pusingan akhir play-off Liga Kejuaraan sebelum tewas kepada Aston Villa, sekaligus menafikan kenaikan liga bagi kelab yang pernah mendominasi liga Inggeris sekitar 1970-an dulu.

Lampard juga dikatakan bakal membawa pasukan jurulatihnya sendiri, dengan Jody Morris sebagai pembantunya dan Shay Given sebagai jurulatih penjaga gol. Bekas penyerang berbisa, Didier Drogba juga dikatakan bakal ditawarkan posisi jurulatih dan Petr Cech dikatakan bakal diumumkan sebagai pengarah teknikal pasukan.

Tapi tu lah, kita duk cerita pasal Chelsea ni ada penyokong ke kelab ni?

Sumber berita : Lampard, Sarri




Paparkan Komen